A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / MP PKR Ampang guna kereta taukeh?

MP PKR Ampang guna kereta taukeh?

10 JULAI : Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai che’GuBard pada Sabtu membuat kenyataan terbuka mahu Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin menjelaskan isu yang tersebar di media sosial berkenaan pemilikan sembilan buah kenderaan di atas namanya.

Malah gambar-gambar kenderaan tersebut siap dengan salinan geran dan carian harga pasaran yang membawa jumlah jutaan ringgit dipaparkan

Namun yang menarik perhatian che’GuBard ialah wujud dakwaan sebuah kenderaan Mercedes Benz S280 bernombor BNT 9138 yang sering digunakan beliau bukan di bawah namanya tetapi nama seorang ‘tauke’.

“Kenderaan ini bukan didaftar atas namanya tetapi atas nama sebuah syarikat iaitu  Hanspec (M) Sdn Bhd, Suite 6.01 6th Floor, MENARA TKSS NO.206, JALAN SEGAMBUT , 51200 KL.

zuraida kereta mewah“Zuraidah selaku Timbalan Ketua PKR Selangor yang dikatakan mempunyai kuasa besar dalam melantik ahli majlis PBT seluruh Selangor termasuk Ketua Whip PBT pasti mempunya pengaruh besar dalam menentukan perbagai projek dan ‘perolehan’ dalam Selangor, maka apabila dia yang mampu memiliki perbagai kenderaan atas namanya termasuk kemungkinan memberikanya pada orang lain menggunakan pula kenderaan lain milik ‘tauke’ ia pasti menimbulkan perbagai persoalan.

“Siapakah syarikat Hanspec ( M) Sdn Bhd ini? Apakah hubungan Zuraida? Adakah perniagaan keluarga, rakan kongsi atau proksi Zuraida?,” kata che’GuBard menerusi satu entri yang dimuatnaik di blog miliknya semalam.

Berdasarkan maklumat sistem daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Syarikat Hanspec (M) Sdn Bhd dimiliki oleh orang Cina iaitu Lee Keat Keong, Lee Ban Chew dan Phoon Sow Cheng

Syarikat berkenaan adalah berasal dari Petaling Jaya Selangor yang terlibat dalam bidang ‘Optical products’ dengan mempunyai nilai aset syarikat berjumlah RM2,707,401 juta dan pendapatan tahunan RM4,659, 944 juta.

Justeru che’GuBard menasihatkan Zuraidah memberi penjelasan sewajarnya sebelum UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggunakan perkara ini sebagai modal politik khususnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU14) nanti.

“Kita sering menyerang pimpinan UMNO dan BN dengan perbagai serangan khususnya bab pemilikan harta peribadi maka sewajarnya pimpinan kita bukan sahaja harus bersih tetapi harus dilihat bersih.

“Zuraidah wajib tampil membuat penjelasan dan SAMM sendiri akan bersama menyebarkan penjelasan beliau jika beliau tampil memberi penjelasan terperinci,” katanya.

Berdasarkan rekod sehingga kini, Zuraidah memiliki sembilan buah kenderaan atas namanya dengan diargui kemampuan beliau membayar semua harga kenderaan tersebut.

“Isu pemilikan kenderaan dalam jumlah agak luar biasa ini sudah lebih sebulan tersebar namun agak pelik juga agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sebelum ini kelihatan agresif menyerang pimpinan pembangkang kelihatan senyap dalam perkara melibatkan pemimpin berkait rapat dengan Azmin,” katanya.

Berikut adalah kenderaan yang dimiliki Zuraidah yang tersebar di media sosial :

1. BAT1111 – KERETA TOYOTA VELLFIRE
2. WTY575 – KERETA MERCEDES BENZ C200
3. BHT63 – KERETA TOYOTA FORTUNER 2.5G
4. W2956U – MOTORSIKAL DEMAK EX 90
5.  W6901J – KERETA HONDA CIVIC HYBRID
6. WWA276 – KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G
7. WTY1547 – KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 AT
8. WRL575 – KERETA VOLVO XC90 2.5T

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *