Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / MP pembangkang keliru bidang kuasa PBT – Noh

MP pembangkang keliru bidang kuasa PBT – Noh

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar menyelar Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian yang dilihat keliru dengan bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri.

Perkara itu menyebabkan kekecohan di Parlimen apabila Noh menyentuh berhubung projek untuk membina sebuah dewan di Selayang yang tidak mendapat kelulusan pihak PBT Selangor.

noh-omar-dan-pj-selatanMenurut Noh, pihaknya terpaksa membatalkan projek tersebut kerana akur dengan arahan PBT Selangor yang menolak permohonan tersebut.

“Kalau perkara itu tak dapat kelulusan PBT, kita tak buat. Kalau ada mana-mana bangunan yang kita buat tidak ikut arahan atau langgar peraturan PBT, itu kuasa PBT untuk sita atau robohkan.

“Yang Berhormat (YB) sendiri boleh laporkan kepada PBT, tak perlu bangkitkan dalam Dewan Rakyat.

“Oleh kerana tidak mendapat kelulusan itu, kita tak buat, kita ikut undang-undang itu sebab saya kata YB tak faham bahasa Melayu,” kata Noh.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Bajet 2017 di peringkat jawatankuasa kementeriannya di Parlimen pada Khamis.

Sebelum itu, Loy Sian berkali-kali bangun meminta penjelasan Noh mengenai projek kerajaan di negeri Selangor sama ada mendapat kebenaran PBT atau tidak termasuk pembinaan dewan yang dimaksudkan Noh.

Beliau seolah-olah mahu menteri itu atau kerajaan mesti memohon kelulusan terlebih dahulu daripada PBT sebelum melaksanakan sesuatu projek.

Terdahulu, Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraidah Kamaruddin turut mempersoalkan tindakan KPKT yang tidak mendapat kebenaran PBT Ampang dalam usaha menaiktaraf beberapa buah gelangang futsal, sepak takraw dan badminton di kawasannya.

“Benda (gelanggang) itu sudah sedia ada, sebelum PKR memerintah, Barisan Nasional (BN) dulu memerintah. Ini yang YB Ampang tak paham, kalau benda itu tidak boleh, yang ada kuasa menghalang, meroboh adalah siapa? PBT. PBT faham benda itu, tak perlu diganggu.

“Benda tu sudah tersedia ada, kita cuma nak tambah cat dan perbetulkan gelanggang, takkan itu satu kesalahan, kalau perkara itu diuruskan persatuan perumahan, penduduk  tak ada kena mengena dengan PBT, apa salahnya kita buat,” katanya.

Beliau sempat menyindir Zuraida bertanya sama ada pengubahsuaian banglo ala Disneyland milik Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ) atau tidak.

Justeru, KPKT katanya masih mengikut undang-undang dalam merancang projek pembangunan di kawasan PBT negeri.

“Kita pernah pulangkan semula RM7 juta peruntukkan apabila kita perlukan sokongan daripada PBT untuk beberapa projek tetapi tak dapat sokongan, akhirnya kita pulangkan balik,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *