A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / MOE pandang serius selenggara infrastruktur sekolah

MOE pandang serius selenggara infrastruktur sekolah

14 OGOS: Kementerian Pendidikan memandang serius infrastruktur sekolah yang memerlukan penyelenggaraan segera terutamanya bagi sekolah yang berusia lebih 30 tahun dan langkah sedang diambil bagi menangani hal ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di seluruh negara telah diarah memantau dan menyenaraikan jenis penyelenggaraan yang diperlukan sekolah-sekolah tersebut bagi memudahkan kerja-kerja pembaikan dilakukan mengikut keutamaan.

Katanya, penyelenggaraan termasuklah pendawaian semula, baik pulih bangunan, pembinaan infrastruktur baharu dan sebagainya sedang dibuat secara berperingkat mengikut peruntukan yang ditetapkan.

KUALA SELANGOR, 13 Ogos -- Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid (dua, kanan) beramah mesra bersama alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Harun pada Majlis Makan Malam Amal sempena Sambutan Jubli Emas SMK Datuk Harun, Tanjong Karang, hari ini. Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar (kanan) merangkap Anggota Parlimen Tanjong Karang. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Hasil pemantauan infrastruktur ini kita tentukan kepada tiga tahap iaitu sekolah sangat kritikal serta daif, sekolah memerlukan penyelenggaraan, dan sekolah yang perlu pembaikan kecil.

“Semua perkara ini memerlukan peruntukan dan kementerian menyalurkan bantuan yang terbaik untuk mengatasinya dan dilakukan secara ‘on- going’ (berterusan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun, malam Sabtu.

Mahdzir berkata, pihak sekolah perlu memahami bahawa terlalu banyak pembaikan yang perlu dilakukan bagi sekolah berusia lebih 30 tahun dan proses menyelenggara memerlukan kos yang tinggi dan masa yang lama.

Namun katanya, kementerian sentiasa melihat isu infrastruktur sekolah yang daif dan uzur sebagai keutamaan demi keselesaan pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran setiap hari.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata pihaknya sedang menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mendapatkan pandangan pakar berhubung cadangan mewujudkan Akta Perlindungan Guru bagi melindungi warga pendidik ketika bertugas.

Ini kerana katanya, cadangan akta tersebut dilihat lebih spesifik dan memerlukan pandangan daripada pelbagai sudut secara lebih holistik bagi mengelakkan pertindihan perlindungan dengan akta sedia ada.

“Jika tiada Akta Perlindungan Guru ini sekalipun, setiap warga negara sentiasa dilindungi oleh Perlembagaan dan disebabkan itu kita mesti perhalusinya terlebih dahulu.

“Bagaimanapun, kementerian amat menyokong cadangan mewujudkan akta ini dan kita akan buat yang terbaik dalam membela nasib warga pendidik,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *