A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Eksklusif / MENYUSURI #BAJET2017 V.5- KEWANGAN

MENYUSURI #BAJET2017 V.5- KEWANGAN

picsart_01-06-11-11-14

Cukai Korporat PKS dan Syarikat

Semasa membentangkan Bajet 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan pengurangan kadar cukai antara satu hingga empat mata peratusan kepada syarikat yang dapat meningkatkan pendapatan bercukai secara ketara untuk Tahun Taksiran 2017 dan 2018.

Selain itu, di bawah bajet tersebut, bagi semua syarikat perusahaan kecil dan sederhana pula (PKS), kadar cukai bagi pendapatan bercukai sehingga RM500,000 pertama, akan dikurangkan daripada 19 peratus kepada 18 peratus bermula tahun taksiran 2017.

Juga, untuk merancakkan program pembangunan vendor tempatan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan operasi yang ditanggung oleh syarikat induk, akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Mengukuhkan Kemampuan Fiskal

Bagi mengukuhkan kemampuan fiskal, agensi “Collection Intelligence Arrangement” ditubuhkan bagi tugasan meningkatkan kecekapan dalam pengutipan cukai dan pematuhan.

Memandangkan ini merupakan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), ia akan membabitkan kesepaduan dalam maklumat Kastam dan LHDN.

Sementara itu bagi duti setem pula, kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah bernilai melebihi RM 1 juta akan dinaikkan daripada 3 kepada 4% mulai 1 Januari 2018

Pelepasan cukai gaya hidup

Pelepasan cukai gaya hidup diperluaskan meliputi pembelian akhbar arus perdana, smartphone & tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium.

Ini bermksud Pelepasan cukai individu untuk pembelian bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup, ia juga diperluaskan meliputi pembelian akhbar arus perdana, smartphone & tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium.

Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017.

About RJ

Check Also

PROGRAM I-KIT DAN I-KEUNITA – AKU JANJI KERAJAAN PERSEKUTUAN TERLAKSANA

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan persekutuan untuk memperkasakan wanita dari segi ekonomi dan membangunkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *