A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Mengejutkan, Tiba-Tiba Pembangkang Mahu Dilibatkan Projek MRT

Mengejutkan, Tiba-Tiba Pembangkang Mahu Dilibatkan Projek MRT

Sekonyong-konyong tiba-tiba pemimpin pembangkang mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya melibatkan mereka dalam projek Transit Aliran Massa (MRT) yang dianggarkan bakal memberi manfaat kepada jutaan rakyat negara ini.

Permintaan yang dibuat tanpa sedikit pun rasa malu itu dikemukakan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan projek kedua fasa kedua MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di Kajang, Selangor hari ini.

Lebih memalukan, wakil pemimpin pembangkang, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar membuat permintaan itu selepas pelbagai kritikan dan kecaman mereka lontarkan keatas projek pengangkutan moden itu selama ini.

Nurul Izzah lantas memberi alasan kononnya penglibatan pemimpin pembangkang dalam projek tersebut merupakan tatacara yang telah lama dilaksanakan secara demokrasi di negara maju lain supaya mereka dilibatkan dalam projek kerajaan untuk rakyat tersebut.

“Saya mahukan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Pengangkutan Awam sebagai usaha memperkemas tatacara tadbir urus sistem pengangkutan negara.

“Ia membolehkan kami di kerusi pembangkang terlibat secara langsung kepada operator dan pelaksana projek terlibat, dalam kes ini MRT Corp dan Prasarana Malaysia atas nama Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nurul izzah juga memberi alasan pemimpin pembangkang mahu terlibat dalam projek itu kononnya bagi memastikan ia tidak membebankan pengguna dan kerajaan.

“Luhur, tidaklah menjadi niat utama dalam mengkritik setiap dasar kerajaan tanpa hala tuju. Tetapi projek ini adalah projek infrastruktur paling mahal yang pernah kita bina dalam sejarah negara,” katanya memberi alasan.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *