A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Dari Blog Pilihan / MENGAPA BERSIH 5.0 TIDAK DIADAKAN DI PULAU PINANG WALHAL LIM GUAN ENG DIDAKWA MAHKAMAH KERANA RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA?

MENGAPA BERSIH 5.0 TIDAK DIADAKAN DI PULAU PINANG WALHAL LIM GUAN ENG DIDAKWA MAHKAMAH KERANA RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA?

BERSIH 5.0 akan diadakan bagi mendesak agar MO1 ditangkap atas tuduhan rasuah dan penyelewengan, seiringan dengan pengumuman yang dibuat oleh DOJ pada 20 Julai lalu. Sasaran jumlah yang akan hadir adalah 500,000 orang. Lokasinya tetap sama iaitu di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Penganjurnya sudah tentulah BERSIH yang diterajui oleh Maria Chin Abdullah dan Ambiga.

Cuma kali ini, penyertaan Mahathir dan konco-konconya dalam demonstrasi tersebut tidak lagi dilakukan secara sorok-sorok walaupun Mahathir mungkin tidak akan berada lama kerana ketuaan dan masalah kenyanyukannya.

Sudah ramai yang memberikan reaksi tentang betapa tidak perlunya BERSIH 5.0 diadakan. Tentang betapa perlunya demonstrasi jalanan tersebut dihalang dan dibubarkan lebih awal sebelum bermula. Malah polis sendiri pun menerusi Ketua Polis Negara sudah memberi amaran yang entah kali keberapa agar perhimpunan haram tidak dibuat.

 

Dalam keadaan sekarang, elok sahajalah apa-apa perhimpunan atau demonstrasi jalanan yang hendak dibuat, dibenarkan sahaja. Tak perlulah membazir masa membuat laporan-laporan polis tentang perhimpunan haram tersebut memandangkan dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan lepas pun, beratus-ratus laporan polis telah dibuat tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Kalau ada pun tindakan menangkap para pemimpin demonstrasi jalanan tersebut, mahkamah pula akan melepaskan mereka dan kemudian mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi penahanan kepada mereka.

Dengan kata lain, mahkamah amat menyebelahi kumpulan demonstrasi jalanan.

Negara ini sedang bergerak untuk menjadi sebuah lagi Pakistan yang hancur dan kacau-bilau pentadbiran negaranya apabila PARA PEGUAM DAN HAKIM MAHKAMAH berasakan mereka lebih berkuasa daripada undang-undang. Malah berasakan mereka lebih bijak, lebih pandai dan lebih mengetahui berbanding orang lain.

Namun berbanding mengadakannya di Kuala Lumpur dan ditujukan kepada MO1 yang kita semua tahu, label tersebut adalah untuk Najib Abdul Razak, mungkin elok juga sekiranya pihak berkuasa meminta agar BERSIH 5.0 diadakan di Pulau Pinang, di tengah-tengah Bandaraya Georgetown.

Lagipun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng amat suka dengan demonstrasi jalanan walaupun tidak membenarkan ianya dilakukan di tengah-tengah Bandaraya Georgetown kecuali sewaktu untuk menunjukkan dia mempunyai sokongan besar terutama daripada masyarakat Cina.

Apatah lagi, Lim Guan Eng atau PO1 memang sudah pun didakwa di mahkamah kerana rasuah dan salahguna kuasa, berbanding MO1 yang hanya berstatus ‘ANDAIAN’ dan ‘HEARSAY’ yang DOJ sendiri tidak berani namakan sehingga ke hari ini.

Berbanding mendesak agar MO1 meletak jawatan dan didakwa, lebih baik sekiranya BERSIH 5.0 diadakan di Georgetown untuk mendesak Lim Guan Eng bukan sahaja meletak jawatan, tetapi penangkapan dan pendakwaan ke atas Betty Chew, isterinya juga dibuat memandangkan Betty Chew juga adalah rakan sekongkol Lim Guan Eng dalam penyonglapan wang rakyat Pulau Pinang dan penyalahgunaan kuasa yang amat teruk terutama yang membabitkan hartanah di seluruh Pulau Pinang.

Secara realitinya, tidak mungkin Ambiga apatah lagi Maria Chin Abdullah akan berani berbuat begitu, walaupun memang satu realiti yang Lim Guan Eng sedang berhadapan dengan masalah perundangan yang amat serius. Mereka hanya berani ke atas Najib Abdul Razak kerana mereka tahu, mereka tidak akan disentuh oleh sesiapa pun, terutama apabila mereka kelihatan seperti mendapat bantuan penuh dari sudut perundangan sekaligus menjadikan mereka sangat kebal.

 

Sumber

About RJ

Check Also

VIDEO : MAHATHIR DIKUTUK SEMASA HADIR DI KONVENSYEN REFORMIS !

Kemunculan mengejut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di konvensyen Reformis Malaysia mendapat sorakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *