Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Agama / MEMASANG KEPOK DAN MEMBALUT BATU NISAN, HARAM?

MEMASANG KEPOK DAN MEMBALUT BATU NISAN, HARAM?

Oleh : Saufy Jauhary.

Jika anda datang ke Tanah Perkuburan Islam Tanjong Karang, anda akan terlihat dengan sebuah papan tanda yang bertulis “Membuat binaan bersimen (Kepok) & membalut batu nisan dengan kain putih adalah amalan yang bercanggah dengan hukum Islam. Arahan: Tuan Nadzir Masjid ar-Raudhah, Tanjong Karang”. Papan tanda tersebut terletak di hadapan pintu masuk tanah perkuburan Islam tersebut.

Papantanda amaranPenulis secara peribadi bersetuju dengan arahan di dalam papan tanda tersebut. Sememangnya membuat binaan bersimen atau biasa dipanggil Kepok itu adalah bercanggah dengan hukum Islam. Cuma masyarakat kita kebanyakannya tidak mengetahui hal berkenaan. Hal ini mungkin disebabkan tidak ada orang yang memberitahu dan mengingatkan atau mungkin sikap tidak mengambil berat akan hal tersebut walaupun telah mengetahuinya.

Berkenaan larangan membuat Kepok, hal ini dapat dilihat di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, an-Nasa’i dan Abu Daud, daripada Jabir r.a, beliau berkata bahawa “Rasulullah s.a.w melarang kubur daripada dikapur (disimen), diduduk atau didirikan binaan di atasnya”. Berdasarkan hadith ini ciri-ciri yang ada pada Kepok jelas menepati apa yang dilarang oleh Nabi iaitu disimen dan dibuat binaan di atas kubur.

Antara hadis larangan yang lain ialah dari Abil Hayyaj al-Asadi, dari Ali bin Abi Talib r.a beliau berkata: “Aku mengutus engkau sebagaimana Rasulullah s.a.w mengutus aku, iaitu: Jangan engkau biarkan sebuah pun berhala kecuali mesti engkau hancurkannya, dan jangan engkau biarkan sebuah kubur pun yang ditinggikan kecuali mesti engkau ratakannya.”(Hadith riwayat Ahmad, Muslim, an-Nasa’i dan at-Tirmidzi)

Imam asy-Syaukani di dalam kitab fikahnya berjudul Nailul Authar meriwayatkan perkataan Imam asy-Syafi’I iaitu: “Aku melihat ulama-ulama di Makkah memerintahkan agar dihancurkan binaan-binaan di atas kubur”. Malah Imam asy-Syaukani berkata: “Menurut sunnah Nabi s.a.w, kubur tidak boleh ditinggikan dan dalam hal ini tidak dibezakan antara kubur orang yang dimuliakan dan kubur-kubur yang lain (orang kebanyakan), dan melihat zahirnya (hadis yang berkaitan), bahawa menambah kubur melebihi ukuran yang dibolehkan adalah haram. Ini telah ditegaskan oleh sahabat-sahabat Imam Ahmad, dan segolongan sahabat-sahabat Imam asy-Syafi’i dan Imam Malik”.

Di dalam kitab Fathul Mu’in, karangan Syeikh Zainuddin al-Malibari asy-Syafi’i(wafat sekitar tahun 970-990 Hijrah)beliau memfatwakan membuat binaan pada kuburan tanpa sebab adalah makruh dan membina di tanah wakaf adalah haram. Beliau berkata: “Makruh membinakan tembok baik untuk liang kubur atau di atas timbunan tanahnya – kerana ada hadis sahih yang melarang – tanpa suatu keperluan yang semisal khuwatir terjadi pembongkaran, penggalian oleh binatang buas atau runtuh kerana air bah. Makruh membina seperti itu, adalah jika kuburannya berada di tanah miliknya sendiri. (Namun) apabila membangunkan tembok liang kubur yang tanpa keperluan seperti di atas atau membangun semacam kubah di atas kubur itu dilakukan pada tanah perkuburan musabbalah –iaitu sebidang tanah yang disediakan oleh penduduk suatu pekan untuk menguburkan mayat- baik diketahui asal mula pemilik atau orang pemusabbalahnya atau tidak, atau dilakukan pada tanah kubur wakaf, maka hukumnya haram dan wajib dihancurkan atau dibongkarkan”. (Fathul Mu’in, Jilid 1, m/s 363-364)

Di dalam kitab Fiqhul Manhaji – Kitab Fikah Mazhab Syafie pula, iaitu sebuah kitab mazhab syafi’i yang kerap diajarkan di masjid-masjid di seluruh Malaysia, ada menyatakan: “Makruh membina kubur sama ada bahagian dalam atau luar dengan setiap benda yang diproses menggunakan api, seperti simen, kapur dan seumpamanya. Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan tegahan Rasulullah s.a.w, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah oleh syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai oleh agama Allah s.w.t. Meninggikan kubur dan membuat binaan di atasnya adalah dihukumkan makruh tahrim (makruh yang mendekati haram), sebagaimana yang banyak dilakukan oleh orang ramai pada hari ini. Mengikut as-Sunnah, kubur tidak ditinggikan daripada tanah lebih dari sejengkal kerana semua perkara tersebut adalah dilarang”. (Fiqhul Manhaji – Kitab Fikah Mazhab Syafi’I, Jilid 1, m/s: 314)

Seterusnya penulis juga ada merujuk kepada fatwa daripada Jabatan Mufti Selangor berkenaan masalah binaan di kuburan ini. Fatwa tersebut berbunyi: “Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2010 yang bersidang pada 2 November 2010 telah bersetuju membuat keputusan bahawa haram hukumnya membina binaan kekal di atas tanah wakaf kuburan. Ahli jawatankuasa masjid juga mengikut budi bicaranya boleh merobohkan binaan tersebut jika ada keperluan untuk mengkebumikan jenazah yang baru”. (Himpunan Fatwa – Jabatan Mufti Negeri Selangor, m/s 107)

Berdasarkan nas dan penjelasan para ulama yang penulis nyatakan di atas maka penulis simpulkan bahawa adalah membuat kepok di atas tanah perkuburan orang Islam adalah dilarang oleh syarak. Hendaklah pembaca terutama warga Tanjong Karang akur dengan arahan dari Tuan Nazir Masjid ar-Raudhah yang melarang pembinaan kapok tersebut. Berkenaan membalut kain putih pada batu nisan pula, penulis dapati tidak ada sebarang nas yang menunjukkan Nabi s.a.w dan para sahabat ada melakukan hal tersebut. Malah penulis juga berasa sangsi dengan tujuan amalan membalut batu nisan itu. Mungkinkah asalnya perbuatan tersebut ada unsur-unsur khurafat seperti mempercayai tindakan membalut batu nisan tersebut mempunyai faedah tertentu kepada mayat? Jika tidak ada mengapa amalan tersebut dilakukan?jelasnya perbuatan tersebut tidak ada asalnya di dalam Islam, malah ianya suatu pembaziran dan tidak ada memberikan manfaat apa-apa.

(Penulis adalah dari Biro Agama & Pendidikan Pemuda UMNO bahagian Tanjong Karang)

About RJ

Check Also

Riak, gemar mengungkit hapuskan pahala kebajikan

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: “Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *