A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / MCA Sabak Bernam sokong Fasiah kekal pertahankan kerusi

MCA Sabak Bernam sokong Fasiah kekal pertahankan kerusi

MCA Bahagian Sabak Bernam melahirkan sokongan terbukanya agar Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh terus kekal menjadi calon bagi mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Ketuanya, Datuk George Kee Ah Kau berkata, sokongan tersebut dibuat selepas melihat kerja keras Ahli Parlimen itu sejak memenangi kerusi tersebut pada 2013 sehingga membolehkan majoriti pengundi termasuk orang Cina selesa dengan Mohd. Fasiah.

“Prestasi Mohd. Fasiah amat baik dan kita dapat melihat betapa beliau berkerja keras dan paling penting rakyat termasuk pengundi Cina amat menyenangi beliau,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat MCA Bahagian Sebak Bernam.

Dalam mesyuarat tersebut, MCA bahagian mengusulkan cadangan agar Mohd. Fasiah terus kekal sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRU-14 dan usul tersebut disokong sebulat suara oleh semua 29 cawangan MCA Sabak Bernam.

Sementara itu, Mohd Fasiah ketika ditemui hari ini berkata, beliau berterima kasih kepada MCA bahagian yang memberikan sokongan padu kepadanya untuk dicalonkan pada PRU-14.

“Bagaimanapun, kita serahkanlah kepada pucuk pimpinan tertinggi BN terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar untuk membuat keputusan.

“Yang paling penting sebenarnya kita hendak melihat BN menang. Terpulanglah kepada pucuk pimpinan menentukan siapakah yang layak dan seharusnya untuk menjadi calon BN,” katanya.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *