Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / MBSA roboh menara Azan Surau Ar Raudhah

MBSA roboh menara Azan Surau Ar Raudhah

MBSA roboh menara azan

Umat Islam di Selangor khasnya di Setia Alam hari ini benar-benar berada dalam keadaan sedih berbaur marah. Manakan tidak, menara azan yang sentiasa menjadi medan buat muazzin mengalunkan azan bagi memberitahu waktu solat buat umat Islam hari ini dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam pagi tadi.

Alasan yang diberikan oleh MBSA adalah terdapat aduan orang ramai yang mengatakan menara berkenaan tidak selamat dan membahayakan penduduk sekitar. Malah, MBSA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan juga turut mengesahkan, menara berkenaan dibina tanpa kebenaran pihak mereka.

Adakah benar dakwaan ini?

Andai diikutkan kepada undang-undang, mungkin ianya benar kerana pihak MBSA sendiri mempunyai justifikasinya yang tersendiri dalam membina sesuatu menara seperti ini. Namun, sebagai sebuah negara yang berteraskan Islam sebagai agama persekutuan, alangkah baik kiranya MBSA menggunakan pertimbangan yang wajar!

MBSA roboh menara azanAdakah menjadi satu kesulitan pada MBSA serta kerajaan negeri Selangor untuk berdialog dengan penduduk serta menilai sendiri kekukuhan menara berkenaan sebelum ianya dirobohkan? Jika ada sesuatu yang tidak menepati piawaian MBSA, adakah sukar buat pihak mereka dan jawatankuasa penduduk membetulkan semula apa yang pincang daripada bertindak merobohkan?

Dimaklumkan menara ini sudah dua tahun siap dibina. Adakah selama dua tahun ini MBSA terlepas pandang sehinggalah hari ini tindakan merobohkan menara ini diambil?

Adakah Jabatan Agama Islam Selangor hanya mendiamkan diri dengan tindakan MBSA ini?

Lebih menghairankan, sejak menara berkenaan dibina, belum pernah menara azan berkenaan tumbang atau setidak-tidaknya serpihannya mengenai orang ramai yang lalu lalang di kawasan berkenaan. Justeru timbul persoalan, adakah menara berkenaan benar-benar bahaya atau hanya merbahaya kepada telinga yang mendengar azan di kumandangkan?

Sejak Pakatan Harapan mengambil alih negeri Selangor dan Pulau Pinang, banyak kontroversi keagamaan telah berlaku. Sebagai contoh, apa yang berlaku di Puchong, Selangor dimana beberapa orang penduduk kaum Cina bertindak biadab menyerang sebuah surau hanya berang bacaan ayat suci Al Quran dan azan Subuh di kumandangkan.

Perkara yang sama turut berlaku di Pulau Pinang di mana terdapat arahan yang menyebut larangan menyiarkan bacaan ayat suci Al Quran di kumandangkan sebelum waktu azan dilaungkan. Lebih mengharukan, pembesar suara juga diminta diperlahankan agar tidak mengganggu tidur penduduk bukan Islam dan penduduk beragama Islam yang cukup liat untuk mengerjakan solat Subuh.

Justeru, bukan satu yang menghairankan apabila menara azan seumpama ini difitnah kerana mungkin membahayakan penduduk sekitar. Kiralah, berapa banyak masjid dan surau yang mempunyai menara di Selangor dan Malaysia, berapa buah menara yang pernah runtuh sehingga mengakibatkan kematian?

Nyata sekali alasan yang dikemukakan merupakan satu alasan yang tidak logik. Paling menghairankan, kerajaan Selangor hanya berdiam diri bila perkara ini berlaku walaupun pada hakikatnya, Paduka Sultan Selangor sentiasa mengingatkan kerajaan negeri agar menjaga kebajikan umat Islam di Selangor. Persoalannya, adakah MBSA dan kerajaan Selangor mahu menggantikan semula menara azan ini setelah ianya dirobohkan?

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *