Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / MB Kelawar dan kerajaan buruk siku

MB Kelawar dan kerajaan buruk siku

5 OGOS: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar mengingatkan kerajaan negeri Selangor supaya tidak mengungkit kos RM8 juta yang dibelanjakan bagi membaik pulih projek perumahan rakyat (PPR) di negeri itu.

Beliau berkata jumlah itu terlalu sedikit berbanding kos RM20 juta yang dikeluarkan Kerajaan Persekutuan untuk membaiki kerosakan pada PPR Lembah Subang 1 pada 2009.

“Kerajaan negeri baru belanja RM8 juta untuk penyelenggaraan PPR di Selangor dah bermegah sedangkan kerajaan Persekutuan peruntuk RM100 juta untuk bina PPR Lembah Subang 1 sebelum serahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan pada 2001.

Pada 2009 pula, kita keluar lagi belanja RM20 juta untuk baiki PPR itu tanpa dapat sebarang keuntungan. Mereka (kerajaan negeri) ibarat seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-36, Pertubuhan Peladang Kawasan Tanjong Karang, Khamis.

Noh berkata demikian ketika mengulas kenyataan Exco Perumahan, Pengurusan Bandar dan Kehidupan Bandar Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad semalam yang meminta kerajaan Persekutuan mengembalikan kos RM8 juta yang telah dikeluarkan kerajaan negeri untuk membaiki beberapa PPR di negeri itu, sekiranya berhasrat mengambil alih pengurusan PPR di Selangor.

KPKT sebelum ini memaklumkan akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan negeri Selangor bagi memohon mengambil alih pengurusan dan penyelenggaraan bangunan PPR di negeri ini.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada transformasi serta pendekatan baharu kementerian dalam pengurusan PPR selepas melihat kegagalan kerajaan negeri dalam menguruskan PPR di Lembah Subang 1.

Noh dalam pada itu membidas dakwaan Iskandar bahawa Pakatan Rakyat mewarisi PPR yang sarat dengan pelbagai masalah selepas mengambil alih pentadbiran negeri Selangor daripada Barisan Nasional (BN) pada 2008.

“Mereka masih nak salahkan BN sedangkan mereka telah mentadbir Selangor selama lapan tahun bukan beberapa bulan. Rakyat Selangor kena sedar apa yang kerajaan negeri telah lakukan sepanjang lapan tahun ini? Kerajaan mana yang lebih baik dalam memberikan khidmat kepada rakyat,” katanya.

Noh turut menafikan dakwaan Iskandar bahawa kerajaan Persekutuan memungkiri janji untuk memberi peruntukan RM1.8 juta bagi membaik pulih kerosakan pendawaian dan jeriji penghadang di PPR Kota Damansara sebelum ini.

Jelasnya, selepas beliau mengumumkan pemberian peruntukan itu pada tahun lepas, kerajaan negeri dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kemudian memaklumkan bahawa mereka akan memberi peruntukan khas untuk membaik pulih PPR Kota Damansara.

“Memandangkan kerajaan negeri dah umumkan nak beri peruntukan khas, kita tangguh peruntukan itu, tetapi dalam pada itu kerajaan Persekutuan turut membelanjakan RM800,000 untuk pembangunan di kawasan PPR berkenaan. Bukan kita tidak tunai janji… soalnya kenapa mereka (kerajaan negeri) tidak umum (peruntukan) lebih awal,” katanya.

Sementara itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang mempersoalkan kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam bahawa kerajaan negeri tidak mahu mana-mana individu atau syarikat memonopoli urusan sampah di Selangor.

Sebaliknya, kata beliau, pada masa sama kerajaan negeri memberi tanggungjawab untuk menguruskan masalah sampah di Selangor hanya kepada sebuah syarikat selain Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang secara tidak langsung akan mewujudkan unsur monopoli.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *