A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Uncategorized / Mansuh BTN Jika PH Menang PRU 14 – Kasthuri Patto

Mansuh BTN Jika PH Menang PRU 14 – Kasthuri Patto

DAP mengumumkan Biro Tatanegara (BTN) yang telah wujud di Malaysia sejak tahun 1974 akan dimansuhkan sejurus sahaja Pakatan Harapan yang diketuai parti itu menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Setiausaha Publisiti Wanita DAP, Kasthuri Patto mendakwa, kewujudan BTN bakal menganggu usaha Pakatan Harapan untuk menegakkan hak kebebasan dan kesamarataan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini selepas menjadi Kerajaan Persekutuan.

“BTN bukan sahaja membazir dan menyalahgunakan dana awam dengan menggunakan wang pembayar cukai, tetapi bersifat jahat kerana terus mengganggu keamanan, kesetaraan, kebebasan dan keadilan.

“Melepaskan BTN yang bersifat apartheid, rasis dan regresif akan menjadi keutamaan Pakatan Harapan apabila rakyat Malaysia memberi mandat kepada Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Persekutuan pada PRU14,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kasthuri yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan juga mendakwa BTN telah gagal dalam pembinaan negara kerana selari dengan UMNO yang memperjuangkan tentang bangsa dan agama yang beliau anggap sebagai satu diskriminasi.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BTN memainkan peranan dan objektif penting dalam pembentukan minda dan semangat rakyat khususnya generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Perdana menteri berkata, ia sekali gus membantu kerajaan meneruskan kepimpinan atas nama agama, bangsa dan negara selain membolehkan kerajaan Malaysia bertahan untuk tempoh lama selama ini.

– MYNEWSHUB.CC

About Keruing Hitam

Check Also

Kerajaan Pakatan Selangor Naikkan Cukai Kolam Ternakan Ikan 35,361% dari RM282 Kepada RM100,000

Selepas memperkenalkan cukai jeti dan pancang kini kerajaan pakatan di Selangor melangkah setapak lagi dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *