Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Mana janji manifesto DAP P.Pinang, kenapa perlu seksa rakyat ?

Mana janji manifesto DAP P.Pinang, kenapa perlu seksa rakyat ?

Mana janji Kerajaan DAP Pulau Pinang yang kononnya membela nasib rakyat ?

Sebaliknya lihat apa yang berlaku sekarang, kerajaan yang kononnya prihatin dengan masalah rakyat mula mengenakan denda dengan alasan untuk memberi pengajaran.

Inikah yang kita gelar kerajaan prihatin ! Tunaikan dahulu apa yang dijanjikan buktikan boleh tandingi Barisan Nasional dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Terbaru ‘hukuman’ yang dikenakan kepada rakyat apabila kerajaan DAP Pulau Pinang bertindak mengambil langkah drastik menaikkan Surcaj Pemuliharaan Air (SPA) domestik terhadap rakyat negeri itu.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, walaupun masih dalam bentuk cadangan, namun perkara itu tidak seharusnya dilaksanakan buat masa ini tatkala rakyat kian terhimpit dengan tekanan ekonomi dan kenaikan harga barang.

“Dulu (DAP) menang pilihan raya tahun 2008 dan 2013, saya masih ingat lagi apa sahaja yang dibuat oleh BN sebelum itu dianggap sebagai dasar yang menzalimi rakyat Pulau Pinang.

“Mereka katakan bahawa BN tidak mampu untuk menaikkan taraf hidup, dan menaikkan harga barang. Hari ini kita lihat apa juga telah dijanjikan semasa mereka mahu menjadi kerajaan pada 2008 masih tidak dikotakan, malah dilanggari,” katanya kepada media selepas menghadiri Bengkel Menteri ASEAN 2017 hari ini.

Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng kelmarin berkata akan menaikkan SPA bagi penggunaan domestik adalah sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat negeri ini.

Ketua Menteri itu berkata, SPA akan dinaikkan daripada 48 sen kepada RM1 setiap 1,000 liter air untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan sebagai langkah terakhir mengurangkan kadar pembaziran air di Pulau Pinang.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, cadangan ke arah itu membuktikan bahawa Guan Eng gagal mengurus sumber ekonomi malah turut gagal menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul di negeri itu sejak mengambil alihnya daripada kerajaan BN.

“Mereka juga katakan kerajaan BN tidak dapat menyelesaikan masalah lalulintas, apakah masalah lalulintas di Pulau Pinang telah diselesaikan (oleh DAP). Apa kerajaan DAP janjikan kepada rakyat Pulau Pinang yang telah dikotakan.

“Apa yang kita tahu adalah mereka masih lagi cuba untuk menyembunyikan kelemahan mereka dalam bidang ekonomi dengan menaikkan surcaj perkhidmatan air dan menjual tanah kerajaan negeri.

“Banyak aktiviti penjualan tanah kerajaan negeri begitu berleluasa sekali sehinggakan NGO Pulau Pinang berasa cemas dalam keadaan ini,” katanya lagi.

Sebelum ini UMNO Pulau Pinang menyifatkan cadangan untuk menaikkan kadar surcaj penggunaan air domestik atas alasan pemuliharaan air adalah tidak wajar dan akan membebankan pengguna.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, kadar surcaj mula diperkenalkan pada November 2010 dan kempen penjimatan air oleh kerajaan negeri dengan mengenakan SPA gagal mengurangkan penggunaan air per kapita Pulau Pinang.

Dalam manifesto DAP Pulau Pinang sebelum ini, Guan Eng menjanjikan akan memberikan ekonomi dinamik untuk masa depan Pulau Pinang, isu sosial dan alam sekitar, Malaysia global yang berakal, mengekalkan pilihan raya kerajaan tempatan serta menghormati kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia.

Turut tersenarai dalam manifesto berkenaan ialah usaha mengatasi kesesakan lalu lintas dan pengangkutan awam.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *