Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / Mana adun Bukit Lanjan?

Mana adun Bukit Lanjan?

Elizabeth wong dash

SAUDARA PENGARANG,

PENGUNDI di Damansara Perdana dan Mutiara Perdana sudah muak dengan gelagat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang memutarbelitkan janji manis semasa pilihan raya lalu.

Antara janji tersebut berkaitan usaha mempertahankan hak-hak penduduk menentang pembinaan Lebuh Raya Damansara Shah Alam (Dash) khususnya di Damansara Perdana.

Selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Elizabeth dengan penuh semangat berjanji menggunakan mandat yang diberikan pengundi Bukit Lanjan bagi menghalang projek lebuh raya itu.

Malah beliau pernah menyebut bahawa peruntukan tanah sememangnya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan mana mungkin pengambilan tanah dapat dijalankan tanpa restu dan izin kerajaan negeri.

Namun, apa yang berlaku sekarang ‘indah khabar dari rupa’. Projek Dash tetap diteruskan mengikut warta kerajaan negeri yang dikeluarkan baru-baru ini.

Keluhan penduduk langsung tidak diendahkan bahkan ADUN berkenaan terus membisu seribu bahasa.

Masih terngiang-ngiang di telinga pada 2014 penduduk Petaling Jaya menentang projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dengan penuh keyakinan menyatakan dalam manifesto pakatan pembangkang bahawa mereka akan memansuhkan kesemua lebuh raya bertol.

Kami sedar alasan yang dibuat pada masa itu hanyalah taktik untuk menyingkirkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyokong projek lebuh raya di Selangor.

Kini selepas setahun Abdul Khalid dijadikan kambing hitam, pakatan pembangkang sudah tidak mempedulikan rakyat lalu meluluskan bukan setakat projek lebuh raya Dash malahan dua projek lain iaitu Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) dan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE).

Secara peribadi saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik yang memerintah tetapi pembangunan lebuh raya yang merentasi kawasan perumahan Damansara Perdana dengan jarak 11 meter dari bangunan pangsapuri sudah pasti menjejaskan kehidupan kami sekeluarga dan juga ribuan penghuni lain.

Selepas diberikan kuasa memerintah, sekelip mata sahaja kerajaan negeri pakatan pembangkang sanggup mengetepikan suara penduduk yang tinggal di kawasan ini, ibarat ‘habis madu sepah dibuang’.

Saya juga terkilan kelibat ADUN Bukit Lanjan yang juga ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor ini telah sekian lama tidak kelihatan bagaikan halimunan di kawasan Bandar Damansara Perdana.

Justeru, kami mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan ketibaan calon dari Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding di kawasan ini pada PRU-14 tidak lama lagi.

Prinsip kami mudah, sokong calon yang berani berkhidmat kepada penduduk di bawah DUN Bukit Lanjan dan tinggalkan orang memungkiri janji.

FIRDAUS ABDULLAH

Damansara Perdana, Selangor

– utusanonline

About RJ

Check Also

Kerajaan Selangor Bina ‘Flyover’ Guna Wang Rakyat 1KM = RM10 Juta, Murah Sangat Kah?

Rasa lucu sangat bila mendengar cerita angan-angan Mat Jenin anak perempuan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *