Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / Mampukah Malaysia Menghadapi Ancaman Korea Utara.

Mampukah Malaysia Menghadapi Ancaman Korea Utara.

Berdepan krisis diplomatik paling serius sejak era “Konfrontasi” dengan Indonesia pada 1963, persoalan yang bermain kini adalah bagaimana Malaysia menangani krisis dengan Korea Utara, sebuah negara yang secara terbuka menonjolkan keupayaan tenteranya kepada seluruh dunia.

Ia timbul kerana Korea Utara bukan seperti negara lain. Regim Pyongyang terkenal dengan tindak tanduknya yang kerap mencabar kuasa besar lain terutama Amerika Syarikat.

Hanya beberapa hari lalu, ia menunjukkan kekuatannya dengan melancarkan peluru berpandu jarak jauh ke arah Laut Jepun, ketika musuh ketatnya Korea Selatan mengadakan latihan bersama tentera dengan Amerika Syarikat.

Laporan Institut Antarabangsa Kajian Strategik (IISS) yang berpusat di London, Korea Utara mempunyai bilangan tentera aktif keseluruhan seramai 1,190,000, termasuk 60,000 tentera laut.

Menurut laporan itu, tentera Malaysia yang aktif berjumlah 109,000 dengan 80,000 tentera, 14,000 tentera laut dan 15,000 tentera udara, dan selebihnya separa tentera.

Teknologi peluru berpandu

Seorang penganalisis pertahanan bagaimanapun tidak menganggap negara yang digembar gemburkan memiliki senjata nuklear itu mendapat jalan mudah sekiranya perang mulut bertukar kepada sesuatu yang lebih drastik.

Katanya, Malaysia masih mampu menghadapi ancaman tentera konvensional Korea Utara.

Menurutnya, Korea Utara bukan merupakan negara tentera yang kuat walaupun ia mempunyai tentera darat yang kuat.

“Tapi tidak mungkin digunapakai untuk menyerang Malaysia. Tentera udara dan laut Korea Utara boleh diabaikan. Walaupun Korea Utara ada pelbagai jenis misil balistik, tetapi bukan semua boleh sampai Malaysia,” kata penyelidik kanan Institut Kajian Kemajuan Sosial (Refsa), Lam Choong Wah.

Menurutnya, walaupun benar ia memiliki peluru berpandu jarak jauh, ia masih dibelenggu “ketepatan dan kemantapan teknologi yang rendah”.

Bagaimanapun, Lam mengakui apa yang perlu dibimbangi ialah serangan bukan konvensional seperti sabotaj, “dirty bomb” dan sebagainya.

Hubungan Malaysia dan Korea Utara kini di tahap paling tegang sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik pada 1973.

Ia susulan kematian Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, selepas diserang 2 wanita, yang dipercayai diupah Korea Utara, dakwaan yang ditolak Pyongyang sejak awal.

Malaysia dan Korea Utara sudah pun menghantar pulang kedua-dua dutanya, dan hari ini kedua-dua kerajaan berkeras menghalang rakyat masing-masing pulang ke tanah air.

Ia mengancam membawa pertelingkahan itu ke tahap baharu menyamai tebusan, ekoran dakwaan polis yang suspek warga Korea Utara yang terlibat dalam pembunuhan Jong Nam masih bersembunyi di dalam bangunan kedutaan di Bukit Damansara.

Bantuan luar

Keyakinan Lam mengenai kesediaan pertahanan Malaysia juga disebabkan Malaysia merupakan salah sebuah negara anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Selain Malaysia, FPDA ditandatangani Britain, Australia, New Zealand dan Singapura, susulan tamatnya jaminan Britain untuk mempertahankan Malaysia dan Singapura seperti mana terkandung dalam Perjanjian Pertahanan Tanah Melayu-British pada 1957.

Di bawah FMDA, kelima-lima negara perlu serta merta berbincang sekiranya Malaysia atau Singapura diserang.

“Ini menjamin Malaysia perlindungan pertahanan daripada United Kingdom, Australia, New Zealand dan Singapura terhadap sebarang ancaman tentera dan dalam kes ini serangan Korea Utara akan mencetuskan tindakan balas daripada FPDA,” kata Lam.

– FMT

About Keruing Hitam

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *