A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Majlis Peguam Malaysia patut contohi Majlis Peguam Singapura

Majlis Peguam Malaysia patut contohi Majlis Peguam Singapura

Majlis Peguam Malaysia sewajarnya mencontohi Majlis Peguam Singapura (Singapore Law  Society) yang tidak tampil memberi komen ataupun kritikan terhadap Undang-Undang Negara mahupun Pindaan Rang Undang-Undang negara melainkan diminta oleh Kerajaan.

Ahli Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata perkara ini jelas Singapura lebih ke hadapan dalam menjaga etika profesion majlis peguam dari masuk campur urusan tadbir urus negara dalam memastikan Majlis Peguam Negara ini sebagai entiti bebas dan berkecuali.

“Saya melihat sudah sampai masanya Akta Profesion Undang-Undang 1976 ini dipinda dengan meletakkan Peguam Negara sebagai Presiden Majlis Peguam Malaysia secara automatik.

04038688-202c-4fed-b85a-fab4976fb0ab“Hal ini kerana sekiranya kita membiarkan Majlis Peguam Malaysia, ini dikotori dengan gerakan politik sehingga mencabar undang-undang negara dan mewujudkan persepsi jahat terhadap kerajaan, adalah sukar untuk kerajaan Malaysia membentuk satu pemahaman yang jelas terhadap undang-undang dalam negara kita,” kata Datu Masrun.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (pindaaan) 2015 di Parlimen pada Rabu.

Tindakan Datu Masrun yang menyelar Majlis Peguam Malaysia menyebabkan Ahli Parlimen DAP Siputeh, Teressa Kok dan Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M. Kulasegaran panas bontot terus bangun untuk mencelah bagaimanapun langsung tidak diendah Datu Masrun dan meneruskan perbahasannya sehingga selesai.

Mengulas lanjut, Majlis Peguam Malaysia, Datu Masrun berkata Peguam Negara seharusnya dilantik secara terus sebagai Presiden Majlis Peguam Malaysia.

“Dengan itu demi memastikan Majlis Peguam ini bebas dan terus mengekalkan profesionalisme mereka.

“Kita tidak mahu dengan kenyataan-kenyataan yang berbaur politik oleh Majlis Peguam Malaysia ini akan menyebabkan nilai kepercayaan rakyat terhadap institusi majlis peguam ini tercalar sehingga ia gagal mengaspirasikan matlamat terhadap penubuhan Akta Profesyen Undang-Undang 1976,” katanya.

Majlis Peguam Malaysia di saran kembali kepada peranan asasnya selaku badan yang menjaga soal peguam di Malaysia, bukannya sibuk campur tangan dalam isu politik dan kerajaan.

Tindakan itu adalah bagi mengelakkan majlis peguam Malaysia dilihat sebagai badan yang bebas dan tidak mencampuri hal-hal politik.

Hal ini kerana majlis peguam adalah badan yang memberikan lesen kepada mereka yang ingin jadi pengamal undang-undang.

Maka dengan itu Majlis peguam tidak boleh membuat kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan profesion undang-undang sehingga menjejaskan nilai intergriti majlis peguam Malaysia.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *