A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Luar Negara / Madinah digegarkan oleh Bom di akhir bulan Ramadan

Madinah digegarkan oleh Bom di akhir bulan Ramadan

 

Seorang pengebom bunuh diri dilaporkan meletupkan bom berhampiran ibu pejabat pasukan keselamatan yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi di sini sebentar tadi, lapor rangkaian televisyen tempatan, al-Arabiya.

Serangan ini merupakan serangan ketiga ke atas Arab Saudi selepas dua siri serangan terdahulu di Qatif dan Jeddah yang berlaku juga pada hari Isnin, waktu tempatan.

Dilaporkan 3 maut setakat ini termasuk pengebom berani mati yang menyasarkan tempat tumpuan orang ramai dalam bulan Ramadhan di Kota Madinah.

Penyerang nekad turut meletupkan diri di luar Masjid Nabawi dan pusat perniagaan Qatif serta berhampiran kedutaan Amerika Syarikat.

Setakat ini belum ada mana-mana pihak bertanggungjawab dan pihak berkuasa Arab Saudi tidak menyangkal dakwaan ianya angkara militan Daesh

<iframe width=”280″ height=”210″ src=”https://www.youtube.com/embed/_2UslXBJQG4″ frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe>

About RJ

Check Also

Kes Zika di Singapura cecah 242 orang

5 SEPT: Jumlah kes jangkitan virus Zika di Singapura meningkat kepada 242 seminggu selepas wabak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *