Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Lebih 100 pusat judi menakluki kawasan Subang.

Lebih 100 pusat judi menakluki kawasan Subang.

MUKADIMAH
Seba­nyak 1,500 premis judi ti­dak berlesen dilaporkan masih beroperasi di Selangor dan Kuala Lumpur meskipun Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pelbagai operasi serbuan.

Malah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan arahan kepada semua Ketua Polis Negeri untuk melancarkan ‘peperangan’ terhadap pengusaha mesin judi pada Oktober 2014.

Daripada jumlah itu, lebih 800 premis beroperasi tanpa lesen di Selangor manakala selebihnya di Kuala Lumpur.
Mingguan Malaysia meninjau sebuah kawasan pinggir bandar yang bukan sahaja didiami penduduk kampung yang majoritinya masyarakat Melayu, tetapi lokasinya yang berdekatan dengan kem tentera ‘merancakkan’ lagi bilangan pengunjung di pusat judi sekitarnya.

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Bersepah! Itulah perkataan yang tepat bagi menggambarkan keadaan di kawasan Subang Perdana, Selangor yang dipenuhi dengan premis perjudian di setiap blok bangunan kedai berdekatan lokasi tersebut.

Dalam satu tinjauan yang dijalankan mendapati premis-premis judi berkenaan beroperasi di tingkat atas bangunan dan dikawal selia oleh pekerja asing biasanya warga Bangladesh yang akan duduk di pintu masuk atau tangga sebelum naik ke premis.

Menurut sumber yang juga merupakan penduduk kawasan tersebut, premis yang dibuka setiap hari selama 24 jam itu dikunjungi bukan saja orang dewasa tetapi pelbagai peringkat umur dan golongan masyarakat.

“Di sini jangankan yang bujang, emak orang, suami orang, budak sekolah, remaja malah sesiapa saja bebas berjudi pada bila-bila masa kerana ia tidak pernah tutup.

“Jangan terkejut jika diteliti, anggota tentera antara yang ‘memeriahkan’ pusat judi di sini kerana kedudukannya yang berhampiran kem tentera dan pelbagai pilihan kedai judi,” katanya ketika ditemui di Kampung Me­layu Subang di sini baru-baru ini.

Katanya, terdapat kira-kira 160 premis judi di sekitar Subang termasuk Subang Perdana, Kampung Melayu Subang, Subang Permai, Subang 2, Bandar Pinggiran Su­bang dan Subang Mah Seng.

Menurut sumber itu, walaupun waktu berjudi yang fleksibel dan tiada had masa, mereka yang ingin memasuki premis mestilah terdiri daripada pelanggan tetap atau dibawa masuk oleh orang yang se­ring mengunjungi kedai judi tersebut.

“Di kawasan Subang Perdana saja ada memang ada kira-kira 40 kedai judi tapi kalau muka baharu nak masuk ke premis, mereka tidak akan benarkan kecuali datang bersama ‘kaki judi’ kerana mereka sangat berhati-hati,” ujarnya.

Berdasarkan tinjauan, ter­nyata setiap blok kedai ‘dihuni’ sekurang-kurangnya tiga kedai judi yang menjalankan urus niaga secara tertutup di sebalik pusat hiburan keluarga dan pusat snu­ker.

Sumber memberitahu, a­duan yang dibuat kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak mampu menamatkan ‘riwayat’ premis judi yang seolah-olah kebal dengan undang-undang.

“Beberapa kali juga aduan dibuat oleh penduduk kampung sebab kawasan ini memang terlalu banyak kedai judi. Sampaikan kawasan itu kini digelar ‘mini kasino’.

“Saya malu apabila tempat tinggal saya dipanggil begitu, langsung tidak mencerminkan kawasan yang majoritinya penduduk Melayu dan beragama Islam,” tegasnya.

Yang lebih membimbangkan katanya, premis judi terlibat terletak begitu hampir dengan taman perumahan, sekolah dan masjid seolah-olah menggalakkan penduduk di situ ‘beriadah’ dengan mengunjungi pusat judi.

“Saya tidak boleh bayangkan bagaimana rosaknya akhlak anak-anak muda di sini nanti jika mereka menjadi ‘tahi judi’. Mana tidaknya premis judi ada di depan mata, balik sekolah pun mereka boleh singgah,” katanya.

– utusan online

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *