A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Laporan Polis Oleh Syerleena, Apa Maksudnya?

Laporan Polis Oleh Syerleena, Apa Maksudnya?

Kami tak terkejut dengan tindakan Penolong Setiausaha Publisti Wanita DAP, Syerleena Abdul Rashid membuat laporan polis ke atas penyebaran siri foto kolaj yang mendakwa dirinya sebagai musuh Islam kerana berazam membantu DAP menyerang institusi Islam di Malaysia seperti JAKIM dan berusaha menjadikan negara ini sebagai negara Kristian sepenuhnya.

Ia sememangnya sesuatu yang telah dijangka. Malangnya, laporan yang dibuat oleh Syerleena itu hanyalah laporan yang bersifat peribadi semata-mata. Yang kami tertanya-tanya kenapa dia tak buat laporan bagi pihak partinya juga?

Lebih malang, dia langsung tak nafikan fakta tentang cita-cita DAP yang mahu hapuskan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan Malaysia seperti yang dicatatkan dalam Matlamat No.2 Penubuhan DAP yang berbunyi seperti berikut :-

“Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia.”

Apakah yang dimaksudkan dengan rangka kerja sekular yang asal? Adakah Syerleena tak pernah baca dan faham maksud sebenar di sebalik matlamat ini? Atau memang dia sendiri pun tak pernah selak dokumen-dokumen penubuhan DAP?

Cuba pula kita baca dan hadam Matlamat No.4 Penubuhan DAP yang berbunyi seperti berikut :-

“Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi.”

Jika ini pun Syerleena gagal faham dan hayati, lebih baik sahaja dia jangan mengaku Islam kerana sudah jelas terang niat DAP adalah untuk runtuhkan Islam secara total di Malaysia dan apa yang dia sedang buat sekarang? Ya, dia sedang bantu DAP mencapai cita-cita tersebut!

Sebagai ahli yang berjawatan penting dalam DAP (dan sebagai orang Islam seperti dakwaannya sendiri), mustahil juga Syerleena tak pernah maklum akan siri penghinaan pemimpin-pemimpin DAP yang lain terhadap Islam dan ke atas orang Islam. Apa lagi yang tak pernah dicuit dan dicaci oleh mereka?

Berikut kami senaraikan beberapa contoh untuk tatapan muslimat kesayangan DAP ini:-

i. Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Oii mengucapkan “Adios Harun Din! Let there be peace..” ketika menerima berita kematian bekas Mursyidul Am PAS itu. Kenapa Jeff Oii menulis ‘let there be peace’? Adakah ketika hayatnya Tuan Guru Dr. Harun Din telah menyebabkan kacau bilau dan kerosakan kepada DAP atau Malaysia?

ii. Timbalan Ketua Menteri II DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy menulis di FBnya “Let us get SATAN Zakir Naik out of this country” kerana membantah kehadiran ulamak besar umat Islam, Dr. Zakir Naik ke Malaysia.

iii. Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming pada 6 Julai 2016 menulis di FBnya bahawa pemberian duit raya yang diamalkan oleh umat Islam di Malaysia ketika menyambut Adil Fitri sebagai rasuah.

iv. Pada 1 Februari 2014, Supreme Leader DAP merangkap The REAL TOP DOG Pakatan Harapan, Lim Kit Sial menyerang kandungan satu khutbah Jumaat di Wilayah Persekutuan dengan mendakwa khutbah yang disampaikan oleh khatib sebagai menyemai kebencian dalam kalangan masyarakat. Sejak bila ayat Al-Quran menyemai kebencian wahai Syerleena?

v. “Pakaian pramugari MAS yang lebih sopan merupakan cadangan yang kolot dan cacat otak,” kata Nga Kor Ming pada 14 Disember 2015. Tidakkah ini satu bentuk penghinaan melampau terhadap hukum hakam Allah SWT?

Dan paling kurang ajar tentunya ucapan Ahli Parlimen DAP Beruas, Ngeh Koo Ham yang menyebut pada 7 Jun 2014 bahawa “Orang Islam di Malaysia perlu diberikan kebebasan untuk menukar agama mengikut kemahuan mereka tanpa sebarang sekatan perundangan.”

Syerleena juga mungkin lupa akan fakta bahawa DAP adalah penyokong kuat COMANGO yang membuat pelbagai tuntutan karut termasuk mendesak kebebasan beragama dibenarkan di Malaysia selain hak mengamalkan orientasi seks bebas atas nama hak asasi manusia. Adakah semua ini Islamik?

Oh ya, parti mana yang paling lantang menolak pindaan RUU355 Akta Mahkamah Syariah? Penyokong parti mana pula yang buat himpunan bantah pindaan ini di Dataran Taman Jaya pada 18 Februari 2017? Takkanlah ni pun Syerleena tak tahu nak jawab, kan?

Justeru kami nak pesan kepada wanita muslimat kesayangan DAP ni, fikir-fikirkan untung nasib diri kamu sendiri di dunia sampai ke akhirat. Islamkah kamu jika kamu bergemulang dengan tangan-tangan yang mahu rosakkan Islam itu sendiri?

– D.E Leaks

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *