A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / KPKT Tubuh Skuad Bomba di Maahad Tahfiz

KPKT Tubuh Skuad Bomba di Maahad Tahfiz

Seramai 300 pelajar tahfiz menjadi skuad bomba tahfiz pertama di Selangor sekali gus membantu mengurangkan insiden kebakaran membabitkan bangunan institusi pendidikan agama di negara ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, kebakaran membabitkan bangunan tahfiz dilaporkan berlaku setiap tahun dan setakat Mac tahun ini, 30 pondok, madrasah dan sekolah tahfiz musnah dalam kebakaran.

“Sementara itu 93 kes kebakaran dilaporkan berlaku membabitkan bangunan pendidikan agama pada tahun lalu dengan kos kerugian RM7.4 juta berbanding 88 kes pada tahun 2016 dengan kos kerugian RM7.2 juta.

“Kebakaran mungkin mudah berlaku di bangunan maahad tahfiz kerana kurangnya pendedahan taklimat dan latihan keselamatan kebakaran selain tiada pemasangan alatan keselamatan kebakaran di bangunan terbabit.

“Oleh itu, sebanyak RM5,000 diperuntukkan untuk maahad tahfiz di Selangor menubuhkan skuad bomba tahfiz ini sebagai galakan,” katanya selepas menyerahkan sijil pendaftaran kepada 31 maahad tahfiz sempena Majlis Pelancaran Skuad Bomba Tahfiz Negeri Selangor di Masjid Jamiul Hasanat, Batu 10, petang tadi.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, pihaknya mempunyai sebab tersendiri untuk memilih Masjid Jamiul Hasanat, Batu 10 sebagai lokasi majlis pelancaran kali ini.

“Ini kerana pada Ogos dua tahun lalu, satu kebakaran berlaku melibatkan satu bangunan Maahad Tahfiz Jamiul Hasanat musnah bagaimanapun tiada kehilangan nyawa berlaku.

“Bukan mudah nak bangunkan semula bangunan yang musnah dalam kebakaran memandangkan hanya bergantung kepada kutipan dana orang ramai…sebab itu skuad bomba tahfiz ini penting,” katanya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia mengambil inisiatif untuk menubuhkan skuad bomba di institusi pendidikan agama di negara ini.

Penubuhan skuad bomba tahfiz ini berikutan sejak 2015 hingga Mac tahun ini, sebanyak 211 kejadian kebakaran melibatkan institusi pendidikan agama dengan jumlah kerugian sebanyak RM16 juta.

– sinaronline

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *