A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / KPKT pertikai perlaksanaan ‘hari tanpa beg plastik’ di Selangor

KPKT pertikai perlaksanaan ‘hari tanpa beg plastik’ di Selangor

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersetuju dengan dasar yang diperkenalkan kerajaan negeri Selangor mengharamkan penggunaan beg plastik di negeri itu, namun mempertikaikan perlaksanaannya.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Azmin Ali didakwa tidak meneliti secara terperinci matlamat ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ di negeri itu yang akhirnya dilihat membebankan semula rakyat.

“Adakah matlamat ini (tiada beg plastik) akan tercapai, jika rakyat perlukan beg plastik, mereka masih boleh dapatkan atau kena beli beg plastik di kaunter.

“Kesan pada akhirnya taukeh beg plastik yang untung. Kalau orang pergi pasar tiada beg plastik dan semua pembeli membeli plastik, jadi dimana matlamat bebas plastiknya? Ini sebaliknya membebankan rakyat kena beli plastik pula,” kata Noh.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KPKT dan Amanat 2017 KPKT di Putrajaya pada Selasa.

Menurut Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, sepatutnya kerajaan negeri Selangor memikirkan alternatif yang lebih bijak dalam perlaksanaan dasar tersebut.

Mengambil contoh negeri Melaka yang telah mengamalkan pedekatan tersebut, Noh berkata negeri itu langsung tidak membenarkan penggunaan beg plastik.

“Kalau kita tak bagi pakai beg plastik, kita beri alternatif lain sebagai contoh beri beg plastik yang boleh dilupuskan atau pasaraya sediakan beg kertas sebagai alternatif.

“Tindakan kena bijak. Ini dasar lain perlaksanaan lain, maka rakyat susah, nak uruskan plastik tak pandai, sampah pun tak pandai, rumah, bola sepak dan air semua tak pandai kerana ini kerajaan berpolitik, sepatutnya membela rakyat tetapi sibuk berpolitik,” katanya.

Sementara itu, Noh juga turut mempertikaikan ke mana duit pembelian beg plastik itu akan disalurkan oleh kerajaan negeri jika kutipan telah dibuat oleh pengusaha perniagaan.

“20 sen tu ke mana pergi duit tersebut, kena isytiharkan berapa banyak kutipan, kita sokong usaha itu tapi yang penting perlaksanaan,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *