Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / KPKT lulus RM1.3j selesai isu frasarana

KPKT lulus RM1.3j selesai isu frasarana

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan sebanyak RM1.3 juta untuk menyelesaikan masalah frasarana di sembilan pangsapuri kos rendah sekitar Taman Putra Perdana, di sini.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya menerima permohonan itu daripada Adun Dengkil, Shahrum Mohd Sharif tiga bulan lalu dan kelulusan diberi selepas kementerian melihat adanya keperluan menjalankan kerja pembaikan dan naiktaraf di kawasan terlibat.

Menurutnya, peruntukan disalur dan kerja-kerja akan dilaksanakan oleh kontraktor dilantik Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor.

“Saya difahamkan peruntukan ini akan digunakan untuk membaiki kemudahan di sembilan rumah pangsa kos rendah dan sebuah taman perumahan.

“Saya dah minta ICU sediakan sebut harga secepat mungkin kerana peruntukan sudah ada, kerja-kerja di kawasan terlibat dijangka bermula Mei ini,” katanya pada sidang media selepas berucap di Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Taman Putra Perdana di sini.

Turut hadir dalam program malam tadi, Shahrum dan Ketua Umno Bahagian Sepang, Datuk Marsum Paing.

Noh berkata, di Selangor sahaja kementerian sudah membelanjakan jutaan ringgit termasuk bagi kerja naiktaraf lif di pangsapuri Lembah Subang (RM16 juta), pangsapuri Desa Mentari (RM1.3 juta) dan di sebuah pangsapuri di Shah Alam (RM3.7 juta) untuk mengecat semula bangunan.

Katanya, semua peruntukan diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi membantu menyelesaikan perumahan kos rendah dan sederhana rendah yang bermasalah.

Kementerian berazam terus membantu masyarakat bandar terutama babitkan masalah perumahan.

“Kerajaan turut membelanjakan sebanyak RM1.9 bilion untuk kerja kutipan sampah malangnya di Selangor, kerajaan negeri kata nak urus sampah sendiri dengan alasan tak mahu syarikat monopoli.

“Tapi akhirnya banyak isu sampah dilapor dan tak selesai bila diserah kepada PBT hingga kerajaan negeri tubuh anak syarikat baharu yang akhirnya mereka juga amalkan dasar monopoli,” katanya.

Sementara itu, Shahrum mengucapkan terima kasih atas keprihatinan menteri berkenaan dalam menyelesaikan isu setempat di kawasan pentadbirannya.

Katanya, peruntukan akan digunakan untuk membaiki tangga, membaikpulih surau, tempat pembuangan sampah, taman permainan kanak-kanak serta bumbung yang rosak.

Peruntukan diperoleh turut akan digunakan bagi cadangan pembinaan gelanggang futsal di sebuah pangsapuri di situ.

“Sebelum ni kerajaan negeri beri jaminan akan selesaikan segala masalah di Taman Putra Perdana namun ‘indah khabar dari rupa’, banyak masalah tidak selesai.

“Menerusi peruntukan disalur, kita akan laksanakan perkara kritikal terlebih dahulu,” katanya ia babitkan kemudahan di Pangsapuri Anggerik; Pangsapuri Kenanga; Pangsapuri Siantan; Pangsapuri La Cottage; Pangsapuri Alpha Rina dan Pangsapuri Rista Villa.

Kerja-kerja naiktaraf dan pembaikan turut akan dilaksanakan di Pangsapuri Rosana Villa 2A, Pangsapuri Rosana Villa 2B dan Pangsapuri Kekwa.

“Kita ucapkan terima kasih kepada Tan Sri (Noh) kerana salurkan peruntukan ini. Peruntukan turut akan digunakan untuk membeli mesin untuk kegunaan jawatankuasa tanah kubur kerana adakala hampir empat jam diperlukan untuk menggali kubur kerana dipenuhi batu-bata,” katanya.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *