A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini terus turun padang menyelesaikan masalah rakyat dan kali ini fokusnya adalah di kawasan flat kos rendah di Pangsapuri Permai, Flat PKNS Taman Dato Harun dan Flat Desa Perangsang.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar meninjau keadaan sistem perparitan di flat PKNS Taman Dato Harun, Selangor

“Saya lihat banyak kemudahan penduduk terabai tanpa pembelaan. Secara keseluruhan saya jangkakan kos penambahbaikan untuk tiga kawasan ini mencecah RM17 juta. Tadi saya umumkan bantuan RM780k untuk membaiki surau dan gelanggang futsal di Pangsapuri Permai.” Katanya

Selain itu teknologi drone digunakan untuk lihat sendiri keadaan bumbung yg rosak dan bocor di flat PKNS. Ini beri masalah kepada penduduk di tingkat atas dan beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM4.5 juta untuk membaiki bumbung.

Ini tidak termasuk kerja baik pulih lain seperti longkang dan sebagainya. Ada kawasan air longkang busuk bertakung yang boleh menyebabkan penyakit seperti denggi.

Pengumuman itu dibuat Noh ketika sesi walkabout di kawasan perumahan yang sama.

“Flat ini sudah lama, (sudah) 37 tahun. Ada lima blok dan penduduk lebih kurang 1,000 (orang). Masalah tangki air, ada berlumpur menyebabkan air tercemar. Kita akan gantikan tangki air baharu.

Tambah Noh, antara punca perkara tersebut berlaku di kawasan itu ialah sikap kerajaan negeri sendiri yang mengabaikannya penduduk miskin bandar.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan sasaran kementerian untuk menyiapkan kerja-kerja pemulihan tersebut, Noh berkata, ia bergantung kepada tenaga kerja yang ada di pihak kementeriannya dan pihak-pihak lain yang terlibat.

Bagaimanapun, wang peruntukan yang sudah disediakan oleh pihaknya diharap dapat menyiapkan kerja-kerja tersebut dalam masa terdekat.

“Duit sudah ada, kalau ikut saya, sekarang juga kita nak benda (baik pulih) ini siap. Tapi kita pun perlu melalui beberapa proses di kementerian dan sebagainya. Kita harap ia siap secepat mungkin.”

About Keruing Hitam

Check Also

Hubungan Dengan PAS, Apa Lagi Yang Azmin Tunggu – Ismail Kijo

Ketua UMNO bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata apa lagi yang Menteri Besar Selangor, Datuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *