A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / KPKT Ambil Alih Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Dari Kerajaan Selangor.

KPKT Ambil Alih Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Dari Kerajaan Selangor.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengambil alih pengurusan Stesen Pemindahan Sisa Pepejal di Seksyen 21, di sini berikutan kegagalan kerajaan Selangor menguruskannya dengan baik.

Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar berkata, tindakan kerajaan negeri yang mempertikaikan surat tidak sambung kontrak bagi pengurusan di stesen berkenaan bersifat politik.

Katanya, kerajaan negeri juga membawa perkara itu ke mahkamah sebelum Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan KPKT lebih berhak menguruskan stesen pemindahan sisa pepejal berkenaan.

Kerajaan negeri juga diingatkan bersikap terbuka dan memberikan kerjasama kepada KPKT dalam meningkatkan kualiti sistem pengurusan sisa pepejal demi kepentingan rakyat.

“Stesen ini dibina oleh kerajaan persekutuan dengan kos sehingga RM 77 juta untuk bantu rakyat Selangor dalam isu pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif.

“Namun bila kita serah kepada kerajaan negeri dan mereka beri kepada sebuah syarikat dengan kontrak selama lima tahun.

“Bila kontrak tamat pada 21 Mei 2017, kita lihat banyak kerosakan yang berlaku dan keadaan seperti tak terurus, jadi kementerian ambil keputusan tak sambung kontrak dan mahu uruskan sendiri,” katanya ketika melakukan lawatan ke tapak stesen berkenaan, hari ini.

Stesen berkenaan merupakan tapak operasi dan pemprosesan sisa pepejal sebanyak 1000 tan sehari sebelum dibawa ke tapak pelupusan sampah di Jeram, Kuala Selangor.

Mengulas lanjut, sebelum itu mahkamah telah menolak permohonan interim junction daripada kerajaan negeri pada 2 Jun 2017 dan tindakan untuk mencabar keputusan itu sekali lagi ditolak oleh mahkamah pada 20 Julai 2017.

Tindakan kerajaan negeri yang kemudiannya terus tidak menggunakan stesen berkenaan sebaliknya sisa pepejal terus dibawa ke Jeram juga dilihat tindakan yang tidak matang dan akan menyusahkan rakyat.

“Sebelum ini kita sudah tanggung semua kos peruntukan, bila kita serah pada Selangor, mereka beri kepada syarikat berkenaan untuk pengurusan dan kenakan ‘tipping’ sebanyak RM28 per tan…jadi mereka kaut lebih kurang RM840,000 sebulan, hampir RM50 juta sepanjang lima tahun ini, tak bagi kita satu sen pun.

“Tapi pengurusan tak betul, banyak kemudahan kita bina rosak dan ada unit yang entah ke mana. Jadi kita mohon pada kabinet untuk urus sendiri dan diluluskan.

“Niat kementerian untuk membantu tingkatkan kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri sepatutnya ketepikan politik dan lebih terbuka.

“Buat masa ini, kita dah dapatkan keputusan mahkamah dan kita akan mula kerja baik pulih supaya operasi dapat dimulakan secepat mungkin,” katanya.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *