A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Kes Zika di Singapura cecah 242 orang

Kes Zika di Singapura cecah 242 orang

5 SEPT: Jumlah kes jangkitan virus Zika di Singapura meningkat kepada 242 seminggu selepas wabak berkenaan mula dilaporkan di negara itu.

Ia menyaksikan peningkatan 27 kes daripada 215 kes pada Sabtu.

Sebanyak 25 baharu daripada kawasan Aljunied Crescent/Sims Drive/Kallang Way/ Paya Lebar Way, manakala satu lagi kawasan baharu berpotensi bagi wabak itu di Joo Seng Road di mana satu kes sebelum ini dikesan.

Menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) Singapura, setakat Sabtu, ia menghapuskan 62 kawasan pembiakan nyamuk di Aljunied dan 39 lagi di Bedok North Avenue.

NEA akan terus melakukan kawalan terhadap pembiakan nyamuk, termasuk di Joo Seng Road.

Terdahulu pada Ahad, Menteri Kanan Kesihatan, Sumber Air dan Alam Sekitar, Amy Khor berkata, Kementerian Kesihatan sedang mengkaji amalan mengasingkan pesakit yang disahkan dan disyaki terkena jangkitan Zika.

Beliau berkata, kesemua pesakit boleh dibenarkan untuk berehat di rumah selagi mereka mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan produk penghalau nyamuk.

Pendekatan itu selari dengan langkah kerajaan untuk mengatasi demam denggi. – The Straits Times/Asia News Network

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *