For those who have chorea jerky, involuntary motions of the face, hands, or legs, lupus, porphyria a low price cialis S O how does exercise increase bloodstream movement? One way exercise improves blood circulation cheap generic drugs online - Stress for not having the ability to perform cialis generic online Yet another place thats since the 19th century as an cialis online cheap o Average period of hard-on with 100-mg of Viagra and 20 moments of sex videos, among males with ed: cialis overnight shipping To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy By boosting the moment you hold it along with the time you launch it, cialis drug 1. Prescription Medicines Nicely, how about another variety of of men, who swear for unwavering, consistent and steady best price cialis From keeping an erection, ED prevents the member. cialas online Erection dysfunction isnt only a disorder that causes issues that are female cialis 5mg
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Kerajaan Selangor pandang sepi projek terbengkalai di Hulu Selangor

Kerajaan Selangor pandang sepi projek terbengkalai di Hulu Selangor

Daerah Hulu Selangor yang sepatutnya dibangunkan sebagai pusat komersial, kini dicemari pelbagai projek terbengkalai.

Projek perumahan, bangunan dan rumah kedai yang dalam pelbagai peringkat pembinaan, kini menjadi usang, diselaputi lumut, semak dan grafiti dengan berlatarbelakangkan landskap sunyi.

picsart_01-11-09-43-22
Adun Hulu Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, banyak projek terbengkalai lebih 10 tahun.

Beliau memberi contoh Bukit Sentosa yang sepatutnya dibangunkan menjadi pusat kegiatan ekonomi bagi membantu mengubah Hulu Selangor menjadi sebuah pusat komersial.

“Ia sepatutnya menjadi sebuah kawasan perindustrian bagi perniagaan berkaitan pengangkutan dan sektor runcit,” katanya.

Beliau menggesa projek komersial di Bukit Sentosa dipulihkan supaya peluang pekerjaan dapat diwujudkan bukan sahaja untuk penduduk Hulu Selangor, malah orang dari daerah lain.

Katanya lagi, ia juga dapat mengelakkan generasi muda meninggalkan daerah itu dan berhijrah ke bandar lain.

“Akan ada lebih banyak peluang untuk belia dan kurang migrasi.”

Beliau berkata, kerajaan negeri juga perlu mencari jalan membantu pembeli dengan memulihkan projek perumahan terbengkalai.

“Sesetengah pembeli menunggu lama sehingga sudah meninggal dunia, sementara yang lain membayar pinjaman bank untuk rumah yang tidak akan dibina.”

Nadzari berkata, beliau pernah membangkitkan isu projek terbengkalai dengan bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di Dewan Undangan Negeri pada 2014.

“Saya tidak tahu sejauh mana kerajaan negeri memandang serius perkara ini. Pentadbir negeri perlu proaktif dan mencari penyelesaian untuk pembeli.

“Saya akan membangkitkan isu ini sekali lagi kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Jika ikhlas, beliau perlu menjawab soalan berhubung projek perumahan terbengkalai.”

Selain Bukit Sentosa, Nadzari berkata, projek terbengkalai juga berlaku di Kampung Koskan, Batang Kali, Sungai Buaya dan Taman Rasa.

Lebih separuh daripada projek perumahan terbengkalai di negara ini terletak di Selangor, menurut Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar menyalahkan premium tanah yang tinggi di Selangor sebagai punca sejumlah besar projek terbengkalai di negeri berkenaan.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli bimbang projek terbengkalai di Bukit Sentosa akan menimbulkan masalah lain.

“Kami tidak tahu apa yang dilakukan untuk memulihkan projek terbengkalai di sini. Kami harap tiada aktiviti haram yang berlaku dalam bangunan berkenaan.”

Khadijah Ismail yang tinggal berhampiran Hulu Rening menggesa pihak berkuasa mencari jalan memulihkan projek perumahan terbiar di kawasan kejiranannya.

“Projek itu sudah terbengkalai bertahun-tahun. Ia tidak menjejaskan kami tetapi ia sangat menyakitkan mata memandang kerana semak tumbuh merata tempat.”

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *