Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Uncategorized / KERAJAAN PKR INDAH KHABAR DARI RUPA: GAGAL MARTABAT SYIAR ISLAM DI SELANGOR

KERAJAAN PKR INDAH KHABAR DARI RUPA: GAGAL MARTABAT SYIAR ISLAM DI SELANGOR

IMG-20160315-WA0090

Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR sebelum ini mendabik dada kononnya mereka sentiasa memartabatkan syiar Islam di negeri ini namun hakikat sebenar ‘hanya indah khabar dari rupa’!.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri mengabaikan imam masjid, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa), Program Kelas Takmir dan Penyelaras Masjid Daerah sehingga menyebabkan golongan ini terpinggir.

Sebaliknya kata Noh, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan setiap tahun termasuk di Selangor bagi membiayai elaun golongan tersebut.

“Kata Selangor banyak duit, ada lebihan keuntungan, tetapi kenapa bagi elaun gaji untuk para pendakwah atau ‘sosial engineer’ di negeri ini sedikit berbanding Kerajaan Persekutuan?

“Saya tak nampak kerajaan negeri Selangor sekarang ini membela para pendakwah Islam sedangkan mereka ini adalah ‘social engineer’ kerana tugas mereka melahirkan modal insan untuk negara,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) dan Penyelia Kafa Negeri Selangor

Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkata, sejak dulu lagi Kerajaan Persekutuan lebih prihatin dan sentiasa membela ‘social engineer’ di negeri Selangor daripada kerajaan negeri.

“Kita kena tahu para imam dan guru Kafa ini mempunyai dua ‘taukeh’. Memang kerajaan negeri Selangor yang membuat pelantikan tetapi yang membayar elaun gaji mereka ini Kerajaan Persekutuan,” jelasnya.

Apa yang dikesalkan, Noh berkata, walaupun mereka ini dilantik kerajaan Negeri Selangor, tetapi Kerajaan Persekutuan yang memberi elaun gaji lebih tinggi seperti seorang guru Kafa di Selangor akan menerima RM800 sebulan, berbanding hanya RM700 yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor.

“Macam mana taukeh pertama yang melantik mereka boleh bagi kurang daripada taukeh kedua? Dulu kerajaan negeri Selangor bagi elaun guru Kafa RM500 sebulan, tetapi telah dinaikkan kepada RM700 seperti yang disebut dalam bajet negeri Selangor tahun lepas.

“Apa salahnya bagilah RM800 sama seperti Kerajaan Persekutuan bagi. Dapatlah mereka ini RM1,600 sebulan melepasi garis kos sara hidup di Selangor. Bukan ramai pun, kita ada lebih kurang 2,000 guru Kafa.

Noh turut membidas kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana hanya memberi elaun sebanyak RM150 sebulan kepada para imam di negeri ini.

“Sejak dari tahun 2013, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menaikkan elaun imam dari RM450 kepada RM750. Kerajaan Negeri Selangor hanya tambah RM150 sahaja. Apa salahnya Azmin bagi mereka ini sama atau lebih daripada elaun yang Kerajaan Persekutuan bagi, barulah boleh dikatakan memartabatkan syiar Islam di Selangor,” katanya.

Noh menjelaskan lagi,pembiayai elaun untuk guru takmir dan pegawai Penyelaras Masjid Daerah di negeri Selangor ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Persekutuan menerusi Jakim memperuntukkan RM1.2 juta untuk membayar elaun kepada 121 orang guru takmir setahun manakala RM75,600 untuk membayar elaun 9 orang pegawai Penyelaras Masjid Daerah.

About RJ

Check Also

NGO Cina Sindir Guan Eng Hingga Merah Padam Di Khalayak Ramai

Majlis Klan Cina Pulau Pinang 1.    Majlis Klan Cina Pulau Pinang adalah NGO gabungan lebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *