Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Kerajaan Pakatan Selangor Sengaja Sensasikan Dan Politikkan Isu Balai Bomba

Kerajaan Pakatan Selangor Sengaja Sensasikan Dan Politikkan Isu Balai Bomba

Kerajaan Pakatan Selangor yang diterajui PKR sengaja mensensasi dan mempolitikkan setiap perkara yang dirancang Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan rakyat negeri tersebut.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar membidas sikap Menteri Besar Selangor yang sengaja berdolak dalik sehingga rakyat menjadi keliru mengenai isu pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di Setia Alam dan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Noh yang juga Menteri Kesejahteran Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendakwa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak membaca keseluruhan Perkara 83 (2) Perlembagaan Persekutuan tersebut dengan memanipulasikannya sehingga Kerajaan Persekutuan BN nampak bersalah dalam isu tersebut.

“Apabila dia baca separuh sahaja, maka itu yang terjadi dan mendakwa pemberian milikan tanah kepada kerajaan adalah pmbalasan yang sama banyak dan mengikut harga pasaran.

“Perkara 83 (2) Perlembagaan Persekutuan itu hendaklah dibaca bersama Perkara 38(2) Perlembagaan Persekutuan yang ada menerangkan di mana tanah yang diserahkan kepada kerajaan untuk membina bangunan kerajaan hendaklah dinilai cukai premium pada harga asal iaitu ketika tanah itu diserahkan kepada kerajaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam pada Khamis.

Semalam, Azmin mendakwa kerajaan negeri telah memberi diskaun sebanyak 75 peratus daripada nilai pasaran bagi kedua-dua tapak pembinaan BBP tersebut.

Menurut Azmin, penilaian harga pasaran bagi tapak BBP Setia Alam berjumlah RM19.9 juta (RM1,700 satu meter persegi) manakala di Bukit Rahman Putra bernilai RM9.7 juta (RM1,200 satu meter persegi).

“Sepatutnya tanah di Setia Alam yang 2.9 ekar ketika itu bernilai kira-kira 900,000 dan setiap satu meter persegi bernilai RM6.70 sahaja.

“Azmin buat kenyataan nak tunjuk hero dan pemimpin kononnya membela rakyat.

“Dan memanglah dia kata harga tanah tersebut kini bernilai 19 juta, maka apabila negeri beri diskaun, maka pendapatan negeri hilang RM22 juta, sebab tanah tersebut dinilai pada harga semasa,” bidas Noh.

Apa yang dikesalkan, menurut Noh, Kerajaan Selangor baharu sekarang nak memberi reaksi setelah agak lama mendiamkan diri walaupun beberapa surat permohonan rayuan cukai premium telah dihantar pihaknya kepada Kerajaan Selangor.

“Inilah cara pemimpin pakatan nak tipu dan kelirukan rakyat. Kenapa sekarang baru cakap, kenapa bomba buat rayuan sebelum ini, Azmin tak pernah cakap?

“Nampak tak, dia lebih berminat menjadi berita ini menjadi sensasi dan akhirnya mempolitikkannya untuk kepentingan pihak pembangkang sehingga rakyat tertipu dengan apa yang sebenarnya telah berlaku,” selar Noh lagi.

Katanya lagi, sewajarnya Kerajaan Selangor bertolak ansur dan menggunakan budi bicara rakyat terhadap perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.

“Sebenarnya Kerajaan Selangor tidak rugi pun, tanah itu tanah yang diberikan pemaju kepada Kerajaan Persekutuan untuk dibina BPP.

“Kerajaan negeri mendapat keuntungan melalui cukai premium darinya. Kerajaan pusat yang keluar modal.

“Bukan nak berterima kasih kepada kerajaan pusat, kita tolong bina BBP walaupun Selangor ini diperintah pembangkang, mereka tidak keluar modal satu sen pun dan sepatutnya gunakanlah budi bicara untuk perkara yang mendatangkan kebaikan rakyat,” katanya lagi.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *