A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Uncategorized / Kerajaan Pakatan Selangor Naikkan Cukai Kolam Ternakan Ikan 35,361% dari RM282 Kepada RM100,000

Kerajaan Pakatan Selangor Naikkan Cukai Kolam Ternakan Ikan 35,361% dari RM282 Kepada RM100,000

Selepas memperkenalkan cukai jeti dan pancang kini kerajaan pakatan di Selangor melangkah setapak lagi dengan menaikkan cukai TOL kolam ternakan ikan.

Kerajaan pimpinan Azmin Ali menaikkan cukai Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada pengusaha kolam ikan di Pulau Ketam antara RM60 ribu hingga RM100 ribu setahun  meningkat lebih 35,361% berbanding RM282 setahun sebelum ini.

Kenaikkan itu bakal menjejaskan kehidupan lebih 6,000 nelayan dan paling dibimbangkan harga ikan di Selangor akan meningkat berlipat kali ganda.

Penternak ikan di Pulau Ketam, membantah kadar yang disemak semula bagi lesen menduduki sementara (TOL) yang dikenakan ke atas ladang ternakan ikan mereka dan mahu kerajaan negeri untuk mengurangkannya.

Mereka berkata kadar baru terlalu tinggi yang dilaksanakan tahun lepas boleh memusnahkan mata pencarian mereka.

Ong Ah Soi, 54, berkata, dengan kadar yang disemak semula sebanyak RM2 sekaki persegi, penternak ikan perlu membayar sekurang-kurangnya RM60,000 untuk ladang yang paling kecil dan lebih daripada RM100,000 bagi yang lebih besar.

Dalam kerajaan Pusat berusaha mengurangkan kenaikan kos sara hidup rakyat, pakatan pula sibuk menambah beban untuk rakyat. 

#PakatanproDAP

About Keruing Hitam

Check Also

NGO Cina Sindir Guan Eng Hingga Merah Padam Di Khalayak Ramai

Majlis Klan Cina Pulau Pinang 1.    Majlis Klan Cina Pulau Pinang adalah NGO gabungan lebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *