A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Kerajaan larang import produk Manuka Honey

Kerajaan larang import produk Manuka Honey

null

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengenakan larangan import produk Manuka Honey berkuat kuasa hari ini, susulan penarikan balik pengeluarannya di New Zealand kerana kemungkinan mengandungi bahan terlarang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penarikan balik produk madu itu dibuat Syarikat Evergreen Life Limited di New Zealand kerana terdapat maklumat kemungkinan ada bahan tidak dibenarkan iaitu dihydroxyacetone dan methylglyoxal yang digunakan dalam pemprosesannya.

“Larangan itu berkuat kuasa hari ini dan pengguna yang telah membeli produk itu dinasihatkan supaya tidak memakan produk tersebut dan memulangkannya kepada penjual.

“Walaupun tidak ada bahaya keselamatan makanan, pengguna yang telah memakan produk ini dan mempunyai keraguan terhadap kesihatan mereka boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya membuat tindakan susulan selepas penarikan balik produk itu dilaporkan dalam laman web Kementerian Perusahaan Utama New Zealand.

Katanya, semakan data import dari 2015 hingga kini yang diperoleh melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia menunjukkan produk terbabit ada dibawa masuk ke negara ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham menjelaskan pihaknya juga dimaklumkan oleh pihak pengimport produk tersebut bahawa mereka sedang menarik balik Manuka Honey daripada pasaran secara sukarela.

Beliau berkata, ini kerana dua bahan tidak dibenarkan, ditambah pada makanan tersebut di bawah Akta Makanan 1983.

“Pengguna tidak perlu khuatir kerana kementerian sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin.

“Sekiranya pengguna rasa ragu-ragu dengan status keselamatan makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh membuat laporan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq,” katanya.
– Bernama

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *