A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Kerajaan komited tangani miskin bandar

Kerajaan komited tangani miskin bandar

15 OGOS : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan komited dalam menangani masalah kemiskinan bandar yang merupakan isu realiti yang dihadapi semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan keturunan.

kl cerahMaka, kata beliau, kerajaan perlu adil dalam menyelesaikan masalah berkenaan dan perlu segera mena­nganinya kerana mereka yang tinggal di bandar sudah sekian lama dihimpit kesusahan akibat kenaikan kos sara hidup.

“Soal kemiskinan bandar merupakan satu realiti, bukan sahaja orang Melayu menghadapi masalah ini. Maka dasar kerajaan perlulah adil kepada semua kaum dan masalah kemiskinan bandar mesti diatasi.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat prihatin terhadap masalah masyarakat miskin bandar tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Jadi sudah tiba masanya kerajaan menyelesaikannya kerana sudah lama rakyat ini dihimpit kesusahan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai semalam.

Terdahulu, Ahmad Zahid Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara akan dilaksanakan secara sistem ‘sewa dan beli’ tanpa bayaran deposit.

Beliau berkata, langkah itu merupakan inisiatif kerajaan bagi menangani isu kemiskinan bandar membabitkan masalah penempatan bagi meringankan beban rakyat.

Menurutnya, dalam usaha meringankan beban golongan miskin bandar, Kementerian Wilayah Persekutuan diarah untuk turut memberikan perkhidmatan bas sekolah percuma kepada anak-anak penghuni PPR.

“Saya dengan ini mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya melaksanakan (kemudahan itu) melalui DBKL supaya semua PPR dibuat sewa beli tanpa bayar deposit.

“Untuk anak-anak sekolah di semua rumah PPR, saya arahkan supaya berikan bas sekolah secara percuma,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *