For those who have chorea jerky, involuntary motions of the face, hands, or legs, lupus, porphyria a low price cialis S O how does exercise increase bloodstream movement? One way exercise improves blood circulation cheap generic drugs online - Stress for not having the ability to perform cialis generic online Yet another place thats since the 19th century as an cialis online cheap o Average period of hard-on with 100-mg of Viagra and 20 moments of sex videos, among males with ed: cialis overnight shipping To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy By boosting the moment you hold it along with the time you launch it, cialis drug 1. Prescription Medicines Nicely, how about another variety of of men, who swear for unwavering, consistent and steady best price cialis From keeping an erection, ED prevents the member. cialas online Erection dysfunction isnt only a disorder that causes issues that are female cialis 5mg
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / KENYATAAN PEGAWAI TENTERA DIMANIPULASI DAN DIA DIGAMBARKAN SEBAGAI PRO-PEMBANGKANG WALAUPUN SEBENARNYA DIA TELAH TERSALAH FAHAM DAN MEMINTA MAAF!!!

KENYATAAN PEGAWAI TENTERA DIMANIPULASI DAN DIA DIGAMBARKAN SEBAGAI PRO-PEMBANGKANG WALAUPUN SEBENARNYA DIA TELAH TERSALAH FAHAM DAN MEMINTA MAAF!!!

Tindakan seorang lelaki yang dipercayai seorang anggota tentera mengeluarkan kenyataan di Facebook yang kemudiannya dikongsi ramai dan mengundang kecaman daripada Netizen.

Ramai yang menyalahkan individu tersebut. Malahan kecaman selain caci nista turut dilemparkan kepadanya.

Bagaimanapun individu tersebut telah memohon maaf dan memberitahu perkara sebenar. Dia terpengaruh dengan mesej-mesej di WhatsApp yang sampai kepadanya.

Sebenarnya, pegawai tentera tersebut (kalau benarlah dia seorang anggota tentera), tidak boleh dipersalahkan sama sekali. Sama seperti anggota polis, tanggungjawab dan taat setia mereka adalah kepada negara, bukan kepada pemimpin parti politik. Mereka bertindak berdasarkan keperluan negara, membabitkan keselamatan dan kesejahteraan negara, bukan seperti orang politik yang kebanyakan tindakan mereka lebih kepada keuntungan, kalau tidak peribadi pun, untuk kroni sebagaimana yang dilakukan oleh Mahathir sepanjang tempoh 22 tahun pentadbirannya.

Kaum pembangkang memang bijak memanipulasi dan mengambil kesempatan terhadap apa-apa sahaja isu. Ditambah pula dengan penguasaan puak-puak mereka di Facebook dan media sosial,

Kenyataan Kapten Mohd Zulhelmi sebenarnya merupakan bahkan mewakili kebimbangan sebilangan besar anggota tentera yang terpinggir daripada maklumat sebenar isu-isu semasa negara.

Kapten Mohd Zulhelmi sebenarnya tidak boleh dipersalahkan sama sekali. Maklumat tentang 1MDB dan pengambilalihan Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi oleh 1MDB sebenarnya telah diselewengkan. Bahkan sehingga ke saat ini pun, puak-puak berkenaan masih menggambarkan penutupan Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi itu adalah disebabkan NAJIB TELAH MENJUAL TANAH TERSEBUT KEPADA CHINA.

Ramai yang percaya dengan pembohongan tersebut.

Walhal apa yang berlaku sebenarnya ialah, pengubahan lokasi Pangkalan Udara TUDM ke kawasan yang lebih selesa, lebih luas dan lebih canggih di Sendayan bagi menggantikan pangkalan yang berusia lebih 50 tahun dan tidak lagi sesuai memandangkan kedudukannya yang terdedah kepada pelbagai elemen sabotaj. Ini adalah kerana kawasan sekelilingnya merupakan kawasan penempatan yang sangat padat di Kuala Lumpur.

Apa-apa sahaja berita tentang 1MDB lebih cenderung untuk diselewengkan dan difitnah oleh pihak pembangkang terutama sekali yang membabitkan Mahathir. Umum mengetahui, antara sebab utama Mahathir menentang 1MDB adalah kerana pencantasan dan penamatan kontrak serta tiada lagi kroni-kroninya yang terlibat dalam menguasai operasi 1MDB sepertimana yang mereka nikmati dalam pelbagai projek mewah kerajaan seperti 22 tahun Mahathir memerintah.

Maklumat-maklumat seperti itu kurang sampai dan kalau sampai pun, ia tidak begitu menarik untuk dibaca dan dicerna kerana kurang sensasi. Masyarakat Malaysia yang menerima hanya berita-berita sensasi, biasanya akan melihat berita seperti itu sepintas lalu, bahkan tidak membaca pun isi kandungannya.

Sebaliknya pembohongan atas isu yang sama pula, dapat disebarkan dengan mudah. Maka itulah sebabnya, Kapten Mohd Zulhelmi terpedaya dan terpengaruh dengan pembohongan tersebut. Dia menulis berdasarkan patriotismenya. Rasa meluat kepada orang politik yang kadang-kadang dilihat sanggup menggadaikan keselamatan negara, sepertimana yang dilakukan oleh Tony Pua, Rafizi Ramli, Lim Lip Eng, Anthony Loke dan Nurul Izzah, bukan sahaja berlegar di kalangan anggota tentera tetapi juga di kalangan orang awam.

Kapten Mohd Zulhelmi telah pun mengakui keterlanjurannya. Dia sedar implikasi yang akan diterimanya sedangkan pada masa yang sama, kenyataannya telah diviralkan dan dimanipulasikan oleh kaum pembangkang. Bahkan ada di kalangan mereka yang cuba menimbulkan persepsi kononnya Kapten Mohd Zulhelmi adalah salah seorang anggota tentera pro-pembangkang.

Dia tidak boleh dipersalahkan kerana penjelasan dan penularan maklumat sebenar tentang Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi yang diambilalih oleh 1MDB adalah TERLALU LEMAH dan dibuat secara sambil lewa sehingga mudah dimanipulasikan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Kapten Mohd Zulhelmi tidak bersendirian dalam hal ini. Bahkan ramai lagi yang tetap percaya Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi telah ‘dirampas’ oleh 1MDB untuk diserahkan atau digadaikan atau dijualkan kepada Republik Rakyat China!

theflyingkick.blogspot.my

About RJ

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *