A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / Kenyataan Media YB Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan

Kenyataan Media YB Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan

TANAH RUNTUH DI HULU SEMENYIH – BENCANA ALAM ATAU TEMBELANG KERAJAAN SELANGOR TERBONGKAR?

Semalam saya dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Hulu Semenyih. Bencana alam ini mengakibatkan kemusnahan harta benda dan alam sekitar. Saya juga terkejut apabila dimaklumkan bahawa tapak yang runtuh itu adalah sebuah tapak pelupusan sampah haram.

picsart_11-28-01-38-20

Apabila dirujuk kepada YDP MPKj beliau menafikan ada tapak pelupusan baru di Hulu Semenyih diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kajang. Jabatan Alam Sekitar turut mengesahkan tiada permohonan atau kelulusan tapak baru pelupusan sisa pepejal. Ini bermakna kajian alam sekitar ( EIA) tidak pernah dilakukan terhadap tapak pelupusan.

Saya dimaklumkan bahawa tapak pelupusan baru ini diselia oleh syarikat atau geng tonto yang mengundang masalah kepada masyarakat setempat. Saya mendengar kawasan ini yang dikatakan bekas kilang rapid yang pernah dikecam kuat PKR kerana pencemaran, kini dihidupkan semula oleh mereka yg dikatakan rapat dengan Exco dan Azmin Ali MB Selangor.

Tapak pelupusan haram ini bermakna keputusan kerajaan negeri sebelum ini bahawa tiada lagi tapak baru boleh dibuka di Hulu Semenyih kerana berdekatan dengan kawasan tadahan air/Empangan Semenyih telah dilanggar oleh kerajaan negeri Selangor.

Sebelum ini juga, masalah air di Selangor dikaitkan dengan pencemaran oleh kilang-kilang haram. Akibatnya, bekalan air terpaksa diberhentikan dan rakyat menderita.

Adakah kedua-dua insiden ini berkait? Adakah ianya benar-benar bencana alam atau pun cara alam membuat pendedahan?

Azmin dan Exco berkaitan perlu menjawab isu ini apakah benar syarikat pengendali tapak pelupusan merupakan orang kuat PKR yang punya hubungan dengan mereka.

Isu ini melibatkan keselamatan rakyat di kawasan Semenyih malah negeri Selangor kerana mencemarkan sumber air Selangor.

About RJ

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *