Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / KENYATAAN AKHBAR OLEH YB DATO’ SRI ANIFAH HAJI AMAN, MENTERI LUAR NEGERI.

KENYATAAN AKHBAR OLEH YB DATO’ SRI ANIFAH HAJI AMAN, MENTERI LUAR NEGERI.

1. Dua minggu yang lalu, saya telah mengiringi YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Amerika Syarikat-ASEAN di Sunnylands, California, untuk memperingati kenaikan taraf hubungan dialog ASEAN-A.S kepada perkongsian strategik.

2. Sidang Kemuncak yang penting ini telah berlangsung dengan jayanya dan produktif. Tanpa syak lagi, ia jelas merupakan pengiktirafan oleh Amerika Syarikat terhadap kepentingan diplomatik, ekonomi dan strategik ASEAN di rantau Asia Pasifik dan serterusnya di seluruh dunia.

3. Sebagai negara penyelaras bagi hubungan ASEAN-Amerika Syarikat, Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam memastikan penghasilan yang positif semasa Sidang kemuncak tersebut. Malah, pemimpin-pemimpin negara berkenaan telah memberi pengiktirafan tinggi terhadap sumbangan dan kepimpinan Malaysia dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

4. Pada hakikatnya, YAB Perdana Menteri telah mengutarakan pendirian Malaysia secara jelas dalam banyak isu yang mempunyai kepentingan bersama, baik dari segi ekonomi dunia, keselamatan maritim sehinggalah isu-isu keganasan ekstrim. Secara peribadi, saya bangga kerana YAB Perdana Menteri telah diminta beberapa kali untuk mengetuai perbincangan dan perkongsian dalam pemikirn hadapan dalam beberapa isu. Jelas sekali, ini mencerminkan kepentingan terhadap peranan kepimpinan dan sumbangan Malaysia dalam isu-isu semasa.

5. Pada pendapat saya, Sidang Kemuncak Sunnylands telah memberi gambaran jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman, stabil dan makmur, bertentangan dengan dakwaan tidak berasas baru-baru ini yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai Malaysia. Selain daripada itu, Malaysia masih diberi penghargaan dan dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa.

6. Kesemua ini adalah berasaskan kepada fakta-fakta yang tertera. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Malaysia telah mencapai kemajuan ekonomi yang bermakna. Sebagai contoh, pendapatan negara kasar Malaysia telah meningkat sebanyak 47.7 peratus dan 1.8 juta pekerjaan telah diwujudkan sejak tahun 2009. Pelaburan swasta di negara ini juga telah berlipat ganda sebanyak tiga kali sejak penubuhan Program Transformasi Ekonomi beliau (GTP) pada tahun 2010. Pada tahun 2015 pula, Malaysia telah disenaraikan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) di tempat ke-18 daripada 144 negara dari segi ekonomi yang berdaya saing terkemuka di dunia.

7. Angka pertumbuhan Malaysia baru-baru ini, yang telah melepasi jangkaan, adalah petunjuk yang nyata bahawa ekonomi Malaysia pada asasnya kukuh dan berdaya tahan. Bank Dunia, sebagai contoh, memberikan Malaysia kedudukan ke-4 di peringkat global dalam melindungi pelabur-pelabur dan tempat ke-18 dalam kemudahan menjalankan perniagaan. Laporan terkini IMF memuji ‘dasar kewangan berhemat’ Malaysia dan menyatakan bahawa ‘keadaan dijangka akan terus menyokong pertumbuhan’ di negara ini.

8. Dengan kestabilan dalam negeri dan prestasi ekonomi yang kukuh, Malaysia telah memainkan peranan yang aktif dan penting dalam penglibatannya di luar negara. Di peringkat serantau, sebagai contoh, Malaysia telah memainkan peranan penting dalam memacu proses pembinaan komuniti ASEAN lebih-lebih lagi dengan penubuhan rasmi Komuniti ASEAN semasa menjadi Pengerusi ASEAN pada lalu. Selain daripada itu, kita juga telah memainkan peranan utama dalam pembangunan Wawasan dan Komuniti Rangka Tindakan ASEAN bagi dekad akan datang seperti yang terkandung dalam ASEAN 2025: Maju Bersama ke Hadapan. Kredibiliti dan kepimpinan kita sebagai Pengerusi ASEAN pada 2015 telah diberi pengiktirafan yang tinggi oleh rakan-rakan Dialog ASEAN.

9. Di peringkat global, pemilihan Malaysia sebagai salah satu daripada ahli-ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB bagi penggal 2015-16 jelas mencerminkan kredibiliti Malaysia di peringkat antarabangsa. Setelah dipilih untuk kali keempat bagi Majlis Keselamatan sejak kemerdekaan, membuktikan reputasi Malaysia selama ini sebagai anggota yang bertanggungjawab di kalangan komuniti antarabangsa, terutamanya dalam konteks keamanan dan keselamatan antarabangsa.

10. Setakat ini, Malaysia telah bersama-sama memikul tanggungjawab dengan negara-negara lain serta memainkan peranan penting dalam menangani isu-isu di bawah bidang kuasa majlis keselamatan. Fokus Malaysia kini telah ditujukan ke arah menggalakkan kesederhanaan, penyelesaian konflik secara aman, usaha perdamaian, operasi menjaga keamanan dan pembaharuan dalam UNSC. Sepanjang tempoh Malaysia sebagai Presiden Majlis Keselamatan tahun lepas, Malaysia membawa tiga inisiatif yang berkaitan dengan isu-isu kanak-kanak dalam konflik bersenjata, membina keamanan dan perubahan iklim.

11. Dalam menjalankan dasar luar, Malaysia terus diiktiraf sebagai rakan kongsi yang aktif, jujur dan boleh dipercayai oleh negara-negara di dalam dan di luar rantau ini untuk menangani cabaran-cabaran keselamatan yang menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau. Inisiatif Malaysia dalam menganjurkan perjanjian damai Bangsamoro di Selatan Filipina dan menjadi orang tengah rundingan damai di Selatan Thailand, sebagai contoh, mencerminkan komitmen dan sumbangan Malaysia ke arah untuk memastikan keamanan dan kestabilan serantau.

12. Sebagai sebuah negara Islam yang progresif, sederhana dan memandang ke hadapan, Malaysia telah menjalin hubungan baik dengan banyak negara-negara Timur Tengah. Kerjasama kita tidak hanya terhad kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan umat Islam tetapi juga meliputi banyak bidang lain yang penting seperti perdagangan, pelaburan dan pendidikan. Di samping itu, Malaysia secara aktif menyumbang ke arah untuk mencari penyelesaian secara aman terhadap Proses Damai Timur Tengah, penyertaan aktif Malaysia dalam isu-isu berkenaan situasi di Syria dan Yemen terutamanya melalui penglibatan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Malaysia juga telah menjalin kerjasama dengan negara-negara Islam yang bersependapat, dalam gabungan untuk menentang keganasan di Timur Tengah.

13. Malaysia juga penyokong kuat terhadap keamanan dan keselamatan global. Inisiatif YAB Perdana Menteri mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global, yang menekankan nilai kesederhanaan dalam menangani keganasan, telah diakui dan diterima oleh banyak negara dan juga organisasi serantau dan antarabangsa.

14. Sesungguhnya, Malaysia masih bimbang dengan ancaman radikal yang semakin meningkat, pelampau dan pengganas, termasuk ancaman yang ditimbulkan oleh Islamic State dan sekutu-sekutunya di Syria dan Iraq. Ancaman-ancaman kini yang sangat nyata telah mendorong Kerajaan Malaysia untuk menggubal Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA, Langkah-langkah Khas terhadap Keganasan dalam Akta Negara Asing, Akta Pencegahan Keganasan dan Akta Majlis Keselamatan Negara. Rasionalnya adalah sangat jelas – bahawa kita berhasrat untuk melakukan yang terbaik bagi melindungi keselamatan semua rakyat Malaysia dan memastikan keselamatan negara. Sebagaimana yang pernah dikatakan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini, Malaysia ‘tidak akan menunggu sehingga keadaan menjadi lebih buruk berlaku sebelum melaksanakan segala langkah yang diperlukan’.

15. Selain penguatkuasaan keselamatan dan langkah-langkah undang-undang pencegahan, Malaysia juga telah menggunakan pendekatan yang halus sebagai sebahagian daripada strategi menyeluruh dalam menangani keganasan. Dalam hal ini, Malaysia telah memulakan Pusat Serantau Bahagian Komunikasi Strategik Digital (BKSD) untuk menyediakan counter-narratives kepada retorik dan ideologi sesat kumpulan militan IS dan kumpulan-kumpulan radikal serta pelampau. Inisiatif positif ini dialu-alukan oleh banyak negara di dalam dan luar rantau ini serta pasti akan menjadi sebahagian daripada sumbangan penting Malaysia dalam usaha-usaha serantau dan antarabangsa unutk menangani ancaman kumpulan IS, radikal dan pelampau.

16. Ringkasnya, peranan aktif, sumbangan dan pencapaian Malaysia di peringkat antarabangsa telah diiktiraf oleh komuniti
 antarabangsa. Sedang Malaysia memulakan objektifnya ke arah menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, ia akan terus menyumbang secara aktif ke arah membentuk agenda serantau dan global untuk kepentingan bersama semua.

17. Sebagai sebuah negara yang berusia 59 tahun, Malaysia terus berkembang dan mengekalkan dasar luar yang baik berasaskan kepada keperluan untuk melindungi kepentingan negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dengan sepenuh hati, saya bangga untuk mengatakan bahawa pendirian kita yang konsisten dan berprinsip telah memjadikan siapa kita hari ini. Saya mempunyai kepercayaan penuh dan keyakinan bahawa Malaysia, di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak, akan terus cemerlang di peringkat antarabangsa dan sememangnya saya amat berbesar hati dan bertuah kerana diberikan portfolio hal ehwal luar negara sebagai tugasan saya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *