A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Kenapa Tak Tunjuk Surat JAS Arah Kilang Haram Ditutup – Dr Norlela

Kenapa Tak Tunjuk Surat JAS Arah Kilang Haram Ditutup – Dr Norlela

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin mempersoal mengapa Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mendedahkan surat daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri yang mengarahkan kilang haram habuk kayu di Kampung Sungai Lembu di sini dirobohkan.

ADUN PKR itu berkata, surat itu ditandatangani sendiri Pengarah JAS negeri dan dihantar kepada beliau selaku ADUN Penanti serta kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 2015.

“Keputusan Pengerusi mesyuarat (berhubung aduan penduduk ke atas kilang haram) iaitu Setiausaha MPSP untuk ambil tindakan kompaun dan mahkamah yang diminitkan sepatutnya disebut juga.

“Kenapa MPSP hantar surat notis pemberitahuan kepada saya untuk merobohkan kilang walaupun selepas mesyuarat berdasarkan surat JAS kepada MPSP?” katanya seperti dipetik menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang, Phee Bon Pooh mendedahkan minit mesyuarat mengenai aduan penduduk berhubung operasi kilang haram itu yang diadakan pada 6 Mei 2015.

Menurut Guan Eng, minit mesyuarat itu menyebut mengenai laporan JAS negeri yang mendapati tiada pencemaran disebabkan oleh kilang haram berkenaan tetapi JAS mengakui kilang tersebut beroperasi tanpa lesen.

Dalam pada itu, Norlela berkata, sidang akhbar Guan Eng dan Boon Poh berkenaan sepatutnya turut diadakan bersama-sama Pengarah JAS negeri.

Menurutnya, kehadiran Pengarah JAS negeri itu dapat menjelaskan mengapa agensi berkenaan engarahkan kilang haram itu ditutup dan memanggil bomba memadamkan 31 relau pembakarannya jika operasi kilang itu tidak berbahaya dan mencemarkan alam sekitar.

Malah, tegasnya, dalam mesyuarat itu juga beliau turut membantah permintaan Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang yang memberi tambahan tiga tahun lagi kepada kilang berkenaan beroperasi.

Ujar Norlela, namanya disebut-disebut dalam isu kilang haram itu seolah-olah beliau telah melakukan kesalahan kerana membangkitkan isu berkenaan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei lalu dan ketika Mesyuarat Tindakan Daerah 2017.

Sedangkan, jelasnya, tindakan itu diambil setelah beliau menerima bantahan daripada seramai 168 penduduk menerusi 18 muka surat yang dihantar kepadanya ketika sidang DUN lalu.

“Tugas wakil rakyat ialah menyoal bagi pihak penduduk seperti juga soalan-soalan saya fasal kilang yang ada lesen pun, seperti Lee Rubber yang penduduk mengadu sebab bau busuk.

“Sebarang aduan saya akan bangkitkan bagi pihak penduduk,” katanya.

– MalaysiaGazette

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *