Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Kenapa Pemuda PH Beria-ia Mahu Iktiraf UEC?

Kenapa Pemuda PH Beria-ia Mahu Iktiraf UEC?

 

Sewaktu Malaysia kecoh dengan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju memberi kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu untuk pelantikan pegawai perkhidmatan kontrak, sebenarnya Pakatan Harapan telah hadir dengan idea dan cadangan yang dilihat lebih memberikan ancaman terhadap kedudukan sistem pendidikan kebangsaan dan bahasa Melayu itu sendiri.

Ramai berpandangan tindakan KKM itu sesuatu yang tidak boleh diterima dan dilihat sebagai satu tindakan yang merendah-rendahkan martabat bahasa Melayu. Di saat kita mengakui terdapat kepincangan pada keputusan Kementerian berkenaan, kita juga harus sama-sama meneliti cadangan dikeluarkan sayap pemuda Pakatan Harapan yang sebenarnya mampu meninggalkan kesan yang jauh lebih serius kepada kedudukan sistem pendidikan kebangsaan dan bahasa Melayu.

Dalam pengumuman mengenai rangka awal manifesto Pakatan Harapan, kelompok pemimpin sayap pemuda gabungan politik pembangkang itu telah mengemukakan beberapa idea untuk memancing undi rakyat khasnya dalam kalangan golongan muda. Namun salah satu cadangan berkenaan jelas mampu memberikan kesan tidak stabil kepada sistem pendidikan kebangsaan.

Perkara yang dimaksudkan ialah mereka telah berikrar untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan ke universiti tempatan. Ini jelas satu pengumuman yang bertentangan dengan aspek asas kepada sistem pendidikan kebangsaan dan fungsi serta kedudukan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan.

Implikasi terhadap cadangan Pakatan Harapan ini boleh dilihat dalam beberapa sudut, namun hal penting yang harus difikirkan ialah perkara ini akan mewujudkan dua sistem pentaksiran dalam menentukan kelayakan ke pendidikan lebih tinggi di institusi tempatan. Hal ini sudah tentu akan menimbulkan kekalutan dalam proses yang dijalani. Kita sedia maklum sistem pentaksiran berasaskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat masa ini telah diakui kukuh dan memiliki kualiti yang tidak lagi disangkal.

Selain itu, jika UEC diiktiraf maka hal ini jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mensyaratkan sistem pendidikan kebangsaan harus menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan adakah subjek bahasa Melayu memiliki kesetaraan dengan bahasa Melayu di peringkat SPM. Ini merupakan hal-hal yang perlu difikirkan dan isu berkaitan sistem pendidikan kebangsaan ini bukan satu permainan politik.

Lebih menghairankan apabila dalam pengumuman berkenaan Pakatan Harapan memaklumkan pengiktirafan berkenaan akan diteliti dengan lebih lanjut bagi memastikan tiada sebarang pertentangan berlaku dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini juga merupakan satu tindakan pelik dan tidak bertanggungjawab. Bagaimana sesuatu pengumuman boleh dibuat tanpa ada sebarang asas kukuh dan persetujuan konkrit. Jelas sekali cadangan ini cuma satu permainan politik untuk memancing undi kaum tertentu dan tiada sebarang ketentuan dalam setiap pengumuman yang dibuat.

Namun kita harus menarik nafas lega kerana Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan masih bertegas dengan isu ini dan tidak mahu mengiktiraf UEC atas alasan Perlembagaan Persekutuan dan menghormati kedudukan bahasa Melayu.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *