A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Kembalikan Peranan Asal PKNS – Sulaiman Abd Razak

Kembalikan Peranan Asal PKNS – Sulaiman Abd Razak

Kerajaan negeri Selangor seharusnya memandang serius saranan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kembali kepad fungsi asal penubuhnnya, iaitu aktif dalam menyediakan perumahan rakyat mampu milik di Selangor.

Datuk Sulaiman Razak berkata, Titah Tuanku itu juga mahukan agar PKNS kembali kepada tujuan asal penubuhanya seperti yang pernah dibuat semasa pemerintahan BN sebelum ini dalam menyediakan perumahan murah yang mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah.

“Titah Tuanku ini juga merupakan satu peringatan kepada kerajaan negeri, khususnya dalam menyelesaikan masalah perumahan di negeri Selangor yang hari ini merupakan isu yang sangat besar dan masih belum mampu ditangani dengan sepenuhnya, katanya

Sulaiman yang juga merupakan Adun Permatang, menyatakan demikian selepas selesai upacara perasmian, Persidangan Dewan Negeri Selangor ke -13 Tahun 2017 oleh DYMM Sultan Selangor.

Kata Sulaiman lagi, PKNS walaupun ada menjalankan projek perumahan tetapi sudah tidak lagi aktif seperti yang pernah di ujudkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini

“Hari ini kita rasa terkilan apabila kerajaan negeri sekarang dilihat tidak langsung serius dalam menangani isu kekurangan rumah mampu milik yang murah dan selesa yang pernah ditawar oleh PKNS sebelum ini.

Sebelum itu, Sultan Sharafuddin bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah hadir berangkat ke istiadat bersejarah itu.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *