A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Kelebihan kepada BN jika PRU14 diawalkan

Kelebihan kepada BN jika PRU14 diawalkan

23 JUN : Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan memberi kelebihan kepada BN jika dibuat lebih awal dari tarikh yang sepatutnya, kata Pengarah Komunikasi Startegi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ini kerana jelas beliau, rakyat kini sudah kembali menyokong BN dimana kenyataan itu adalah berdasarkan keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

rahmandahlanBagaimanapun jelas Abdul Rahman lagi, keputusan itu perlu dibincangkan dengan lebih jelas bersama parti komponen BN yang lain.

“Sekarang ekonomi dah makin stabil, kerajaan pun dilihat semakin kuat, rakyat mula kembali kepada kita dengan memberi sokongan tapi harus diingat Pilihan Raya Umum (PRU) adalah satu perkara yang serius, jadi kita akan bincang dengan komponen parti yang lain.

“Saya yakin kalau ada kelebihan untuk kita, mungkin ia akan diawal namun saya percaya ia tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian, oleh itu Perdana Menteri mungkin perlu mendapatkan beberapa nasihat dan pandangan dari pemimpin parti komponen yang lain,” tambahnya.

Melihat kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang memberi kemenangan majoriti kepada BN, ia menjelaskan yang rakyat kini semakin percaya dan yakin dengan parti itu.

Kemenangan itu kemudiannya sekali lagi menunjukkan BN sebuah parti yang konsisten apabila terus memenangi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *