A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Kekuatan UMNO bukan kerana seorang individu : Noh Omar

Kekuatan UMNO bukan kerana seorang individu : Noh Omar

2 JULAI : Tan Sri Noh Omar menepis kritikan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mengenai isu UMNO-Exit dan mengingatkan kekuatan parti tersebut bukan hanya disebabkan seorang individu tetapi kerana asas perjuangannya.

Pengerusi BN Selangor itu berkata asas perjuangan parti adalah membela bangsa dan negara, ia terbukti sejak zaman penubuhannya sehingga sekarang dan cabaran dihadapi UMNO ketika ini tidak akan menggugat parti tersebut.

IMG_20160702_204626“Kena ingat sejarah penubuhan Umno kerana parti itu hidup bukan kerana kepimpinan seseorang tetapi asas perjuangan membela bangsa dan negara,” kata beliau dalam sidang media pada Sabtu.

Menurutnya, setiap ahli perlu melihat semula sejarah penubuhan UMNO yang dahulunya ‘survive’ dalam gelombang politik ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah mengisytiharkan UMNO haram dan membubarkannya.

“Saya masih ingat masa zaman pemuda dulu, beliau membubarkan UMNO dan digantikan dengan satu parti lain yang dinamakan UMNO Baru bahkan mana-mana yang tidak memihak kepadanya akan disingkirkan.

“Sebagai contoh di Tanjong Karang apabila Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang ketika itu, Allahyarham Datuk Kamaruzzaman Ahmad tidak menyokongnya disingkirkan dan digantikan orang baru walaupun kubu kuat.

“Ini lebih teruk dari UMNO-Exit, jadi Rafidah kena ingat sejarah ini sebab UMNO satu-satunya parti yang terus hidup kerana kesetiaan terhadap asas perjuangannya dan bukan disebabkan kepimpinan seseorang,” katanya.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, penyingkiran bukan sahaja berlaku dalam UMNO sahaja tetapi turut berlaku dalam parti lain termasuk PAS.

“Bahkan bukan perkara baru bagi bekas ahli yang mempunyai pengikut sendiri akan tubuhkan parti baru…kita boleh lihat perkara sama berlaku ketika zaman Datuk Onn yang sendiri pengasas UMNO keluar dan tubuhkan Parti Negara.

“Bagi saya, ni perkara biasa dan dalam Pas pun sama bila kalah bertanding, keluar PAS dan tubuhkan Amanah (PAN). Tapi persoalannya sekarang, sejauh mana parti baru ini boleh survive?” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *