A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Uncategorized / “Kajang MOVE” Apa sudah jadi ? Keluhan pengundi selepas 2 tahun

“Kajang MOVE” Apa sudah jadi ? Keluhan pengundi selepas 2 tahun

8 SEPT : Secara umumnya, Langkah Kajang pada 2014 yang diilhamkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli adalah untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika itu dengan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seterusnya memudahkan perjalanan pembangkang menawan Putrajaya.

1473303832044Jadi tidak hairanlah setelah dua tahun berlalu, dua masalah besar yang dihadapi rakyat di Kajang iaitu banjir dan kesesakkan jalan selama ini, masih lagi menjadi masalah kepada rakyat di DUN berkenaan walaupun siapa juga wakil rakyatnya.

Bagi pengundi di Kajang, Khair Nizam Abd Rashi, 44 Langkah Kajang yang dicanang-canang oleh PKR sebelum PRK Kajang hanya indah khabar daripada rupa dan ‘langkah kosong’ tanpa keistimewaan apa-apa kepada rakyat.

kajang-1-khair-nizam-abd-rashid“Orang Kajang tak nampak apa yang lebihnya Langkah Kajang yang kononnya hebat sangat dirancang, sama sahaja.

“Meriahnya Langkah Kajang hanya masa pilihan raya sahaja, masalah selama ini walaupun sudah dua tahun masih sama. Banjir terutamanya, sekarang masih berlaku banjir, janji nak atasi tidak juga.

“Jalanraya masih sesak, sekarang ni kita hanya tunggu MRT sahaja siap, harap tak sesak,” kata Khair.

Bagi peniaga aksesori telefon bimbit, Marcus Lau, 35 yang membuka perniagaannya di tengah pusat bandar Kajang pula berkata beliau melihat tiada usaha daripada ADUN Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk membantu peniaga kecil sepertinya.

Beliau yang sudah memulakan perniagaannya sejak tiga hingga empat tahun lalu mendapati perniagaannya itu semakin merosot dan hanya boleh meletakkan masalah ekonomi yang melanda dunia ketika ini sebagai alasan mudah.

kajang-2-marcus-lau“Perniagaan sejak tahun lalu semakin teruk, Kajang ni kita lihat selalu saja sesak, ramai orang tapi perniaga kecil macam saya ‘bisnes’ tak bagus.

“Setiap tahun ada masalah banjir di sini, semua peniaga tepi-tepi ni bising sebab setiap kali banjir peniaga mesti banyak rugi, air banjir tinggi sampai lutut sini, tutup kedai, rosak sana sini,” kata Marcus.

Sementara itu, lain pula masalah yang dihadapi persatuan kereta sewa dan teksi di Kajang.

Pemandu teksi, Ibrahim Abbas, 76 mendakwa pihaknya sukar untuk bertemu wakil kepada Wan Azizah untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi 120 pemandu teksi di bawah persatuannya apatah lagi untuk bertemu sendiri dengan Presiden PKR itu.

kajang-3-ibrahim-abbas“Kita ada minta kepada ADUN Kajang sebelum ini sejak tiga tahun lalu untuk jadikan tempat operasi teksi kita ini jadi hak milik persatuan teksi ini kerana sekarang ia masih di Majlis Perbandaran Kajang.

“Dah lama kita minta, kita juga nak minta jumpa Wan Azizah, tapi kita nak minta jumpa wakil pun susah, kita nak hantar kertas permohonan dan cadangan sahaja untuk permulaan ini,” kata Ibrahim.

Menyentuh soal Langkah Kajang pula, Ibrahim berkata langkah itu adalah langkah sia-sia.

“Tiada apa-apa pembangunan pun sejak Wan Azizah ambil alih Kajang, tak tahu pada masa akan datang, longkang sudah dibesarkan namun banjir masih berlaku, tak kurang selama dua kali setahun,” katanya.

Jika diimbas kembali percaturan Langkah Kajang dua tahun lalu, langkah itu dilihat seakan langkah tempang pembangkang berikutan Mahkamah Rayuan Putrajaya mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan lantaran memaksa PKR menamakan Wan Azizah sebagai calon gantian bagi PRK DUN Kajang.

PRK DUN Kajang yang berlangsung pada 23 Mac 2014 lalu walaupun dimenangi Wan Azizah namun perolehan undi PKR merudum sebanyak 2,830 undi apabila hanya menerima 16,741 undi berbanding 19,571 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Serentak dengan berakhirnya PRK DUN Kajang, gerakan Langkah Kajang juga senyap dan sunyi dari diperkatakan ramai.

Tiada lagi dendangan slogan ‘Kajang Ke Putrajaya’ yang banyak kedengaran ialah kalut malut percakaran dalam PKR yang masih berterusan tanpa noktah penghujung.

About RJ

Check Also

NGO Cina Sindir Guan Eng Hingga Merah Padam Di Khalayak Ramai

Majlis Klan Cina Pulau Pinang 1.    Majlis Klan Cina Pulau Pinang adalah NGO gabungan lebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *