Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Kabinet setuju laksana sistem ‘sewa dan beli’ di 170 kawasan PPR

Kabinet setuju laksana sistem ‘sewa dan beli’ di 170 kawasan PPR

IMG-20160808-WA0096

8 OGOS : Kabinet minggu lepas bersetuju melaksanakan sistem ‘sewa dan beli’ bertujuan membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata sistem sewa dan beli itu akan dilaksanakan di 170 kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata pada peringkat pemulaan, lima kawasan iaitu satu di Kelantan, dua di Selangor, Negeri Sembilan (satu) dan Kuala Lumpur (satu) dibuka untuk tawaran sewa dan beli yang dijangka akan memanfaatkan kira-kira 4,000 keluarga.

“Kerajaan mengambil maklum bahawa ramai yang berpendapatan RM2,500 sebulan dan ke bawah layak untuk membeli rumah PPR ini namun mereka ini didapati tidak layak mendapat pinjaman bank.

“Kerajaan bersetuju bahawa rumah yang nak dijual itu kita buat sewa dan beli. Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kejiranan Indah dan pelancaran program transformasi sosial di rumah pangsa Sri Bandar, dekat sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique, Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan Datuk Jalaluddin Alias dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohammed Mentek.

Mengulas lanjut, Noh berkata mereka yang ditawarkan rumah menerusi sistem sewa dan beli yang berharga RM35,000 seunit bagi Semenanjung dan RM40,000 untuk Sabah dan Sarawak tidak boleh menjual unit tersebut kepada individu lain.

“Mereka yang ingin menjualnya, perlulah menjual semula kepada kementerian. Ini membolehkan kementerian menawarkannya kepada mereka yang lain yang kurang berkemampuan selain untuk mengelakkan orang mengambil kesempatan,” katanya.

Ditanya mengenai kadar dan tempoh masa sewaan yang akan diberikan, Noh berkata perkara itu sedang dalam perbincangan.
“Ada yang mungkin ditawarkan 20 tahun, ada yang 25 tahun…perkara ini akan kami putuskan kemudian,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *