A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Jumlah penipuan pakej umrah cecah RM18.6 juta

Jumlah penipuan pakej umrah cecah RM18.6 juta

Statistik aduan pengguna kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menunjukkan jumlah kes penipuan pakej umrah meningkat kepada 3,411 kes sejak 2012 hingga Mac 2016 membabitkan sejumlah RM18.6 juta.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, jumlah aduanumrahmangsa penipuan pakej umrah semakin meningkat sejak kementeriannya dipertanggunjawabkan menjaga hal ehwal berkenaan pakej umrah.

“Kenapa tinggi? Dengan hebahan bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), KPDNKK, Tabung Haji serta beberapa agensi lain lagi di bawah Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) yang ditubuhkan sejak 2014.

“Di bawah Akta Industri Pelancongan, pula sebanyak RM259 ribu nilai denda telah dikenakan kepada agensi yang menipu umrah sejak 2012 hingga Mac 2016 dengan 57 kes direkodkan,” kata Rosnah sewaktu menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Yunus Kurus di Parlimen pada Isnin.

Sehubungan itu, pengguna kata Rosnah dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pakej umrah yang lebih murah daripada RM4,900 kerana harga tersebut adalah paling minimum dan boleh

dipercayai.

“Pengambilan harga minimum RM4,900 merupakan minimum yang ditetapkan meliputi tempoh umrah 12 hari 10 malam, kalau bawah daripada itu tak boleh. Kita juga akan sediakan lesen khas umrah yang dibenarkan dalam pakej umrah ini yang akan dikuatkuasakan pada Oktober 2017,” katanya.

Selain itu, kementerian katanya akan menimbang cadangan meningkatkan jumlah denda dan hukuman yang lebih berat kepada agensi yang didapati menipu kerana jumlah denda RM5,000 sekarang dilihat tidak menjadi masalah kepada mereka.

“Kalau kita lihat kes demi kes, ramai orang kampung sebagai contoh yang bekerja sebagai penoreh getah, mereka bertahun-tahun simpan duit nak pergi umrah, baru nak pergi umrah belum haji.

“Jadi pihak kami amat serius untuk membanteras secara serius dan secara berterusan dan saya mohon sama-sama kita mengambil perhatian kes ini,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *