A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / PRK Sungai Besar / PRK SG BESAR / Jika Diberikan Ruang Puteri UMNO Akan Tanding PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar

Jika Diberikan Ruang Puteri UMNO Akan Tanding PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar

Puteri UMNO berharap calon pergerakan itu dipilih untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin bagaimanapun berkata namun ia bergantung kepada pertimbangan dan keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

“Sama ada calon Puteri akan bertanding atau tidak, kami akan tetap fokus untuk menggerakkan jentera Puteri yang akan turut sama berkempen bagi kedua-dua PRK,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Dalam Radar terbitan Bernama Radio, hari ini.

Mas Ermieyati juga berkata golongan muda perlu didedahkan dengan sejarah penubuhan UMNO supaya mereka lebih menghargai jasa dan perjuangan pemimpin terdahulu.

Menurutnya, ia juga dapat mengelakkan golongan muda yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa depan daripada dimomokkan dengan cerita yang tidak benar tentang UMNO.

About RJ

Check Also

Bantuan Khas RM500 Kepada Pekebun Kecil Getah bermula hari ini – Najib #scs93 #prksgbesar

10 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bantuan khas kejatuhan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *