Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Janji kerajaan bukan janji kosong : PM

Janji kerajaan bukan janji kosong : PM

Keupayaan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) melaksanakan projek mega meskipun berdepan cabaran ekonomi adalah bukti komitmen tinggi kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab membangunkan negara dan menunaikan janji kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pan bornei highway“Saya telah melancarkan fasa satu projek MRT ini yang siap mengikut jadual dengan kos projek lebih rendah daripada bajet disediakan RM23 bilion tetapi kita belanja RM21 bilion.

“Kita nak nafikan pembangkang yang kononnya projek ini menelan belanja RM100 bilion, ini satu fitnah, satu hasutan dan hakikatnya BN telah melaksanakan projek MRT lebih rendah daripada bajet yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Jalan Pintas Lahad Datu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sepagaya pada Isnin.

Najib berkata selain projek MRT, projek Lebuhraya Pan Borneo yang dilaksanakan secara berperingkat di Sabah dan Sarawak merupakan tanda kerajaan masih mampu melaksanakan projek besar yang boleh mengubah landskap pembangunan negeri dan wilayah seterusnya membuktikan janji kerajaan BN.

“Hari ini saya berada di sini untuk menunjukkan janji yang saya luahkan kepada rakyat iaitu Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah ini yang dibina sepanjang 1,236 kilometer.

“Fasa pertama projek iaitu melibatkan 706 kilometer dengan belanja RM12.85 bilion dan masih ada lagi fasa kedua dan ketiga, maknanya akan ada lebih besar belanja untuk projek ini bila habis,” katanya lagi.

Dalam pada itu, perdana menteri turut memberi jaminan projek itu akan diselesaikan selagi rakyat Sabah memberi sokongan kepada kerajaan BN dan rakyat tidak perlu menghabiskan masa mendengar hasutan pembangkang.

“Selagi ada sokongan, projek ini tetap dijalankan dan buat apa bagi (sokongan) kepada parti serpihan, mereka boleh buat Pan Borneo? tak boleh. Mereka cuma boleh mengelirukan dan menghasut sahaja, jangan terperangkap, tepuk dada tanya selera.

“Tuan puan mahu kerajaan yang boleh melakar masa depan lebih baik, kenapa pilih parti serpihan, kita dah tengok parti Semangat 46 dulu dan parti lain, Parti Keadilan Rakyat sakit tetapi parti UMNO dan BN hidup segar dan tegak. Kita bukan nak kuasa kerana kuasa tetapi kita ada agenda besar, ada misi untuk rakyat,” katanya lagi.

Najib berkata rakyat sudah tentu mahukan sebuah kerajaan yang boleh membantu dan membawa negara ke arah keadaan pembangunan lebih baik.

Beliau juga mahu projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah itu yang diusahakan di bawah pentadbirannya diingat oleh seluruh rakyat Sabah.

“Saya tidak mahu sebut zaman lain, saya mahu orang Sabah tahu bahawa Pan Borneo ini adalah usaha di bawah pentadbiran saya untuk rakyat Sabah.

“Kita tengok hasilnya apabila siap pada tahun 2021 atau 2022, bayangkan masa depan penduduk Sabah, ini tentu akan mengubah Sabah,” katanya.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah untuk jalan pintas di Lahad Datu yang dijangka siap pada 2018 dan bernilai RM165 juta itu bermula dari Batu 7 Jalan Silam di Lahad Datu sehingga Batu 3 Jalan Segama yang merangkumi jarak tujuh kilometer.

Projek itu merangkumi pembinaan jalan raya baharu empat lorong dua hala yang bakal memendekkan jarak dan masa perjalanan penduduk dari Tawau ke Sandakan atau sebaliknya daripada 17 kilometer kepada tujuh kilometer.

Antara lain, kerja pembinaan melibatkan dua persimpangan bertingkat serta sebuah jambatan baharu merentasi Sungai Sepagaya sepanjang 32 meter yang turut mengambil kira kriteria seismik atau gempa bumi.

Sementara itu, Najib berkata projek Lebuhraya Pan Borneo itu perlu diberi bukan sahaja kepada syarikat besar tetapi kepada syarikat anak tempatan di Sabah dan Sarawak.

“Semalam saya berada di Miri, Sarawak dan 12 pakej projek Lebuhraya Pan Borneo sudah pun diagihkan untuk syarikat yang dikuasai anak tempatan d Sarawak dan maknanya kita telah mengotakan janji.

“Kita beri kepada kontraktok-kontraktor kecil dan kita minta kontraktor utama tolong bayar sub kontraktor, jangan buli mereka. Kita nak juruukur dan lain-lain lagi dapat projek ini, jangan tamak dan bolot sendiri… kita kongsi,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *