Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Jangan sampai kena ‘TALAK TIGA’ Di Selangor

Jangan sampai kena ‘TALAK TIGA’ Di Selangor

BN Selangor diingatkan supaya berusaha merampas semula negeri itu supaya tidak berlaku ‘talak tiga’ sepertimana dalam perkahwinan Islam.

Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hakikatnya, parti itu ditalak dengan talak satu pada PRU12 dan talak dua pada PRU13.

Menurutnya, parti itu mesti menolak untuk ‘talak tiga’ sekiranya ingin merampas semula Selangor.

“Kalau kita mahu rujuk semula, dan tidak mahu talak ba’ in (nyata) tetapi sebaliknya talak raj’i (rujuk), maka pada PRU14 kita mesti tolak talak tiga dan perlu menang seterusnya merampas semula negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sabak Bernam di Dewan Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, parti itu mesti membentuk kerajaan di Shah Alam agar hubungan antara pentadbiran kerajaan negeri dan Persekutuan dapat diperkukuhkan pada masa depan.

“Saya harap Selangor dan Putrajaya ditautkan semula dalam satu semangat kesatuan yang kukuh apabila kita merampas semula Selangor,” katanya.

Beliau berkata, ahli Umno dan khususnya BN mesti berada dalam realiti mendekati rakyat dan memberikan perkhidmatan terbaik keseluruhannya.

“(Pengerusi Umno Selangor), Tan Sri Noh (Omar) dalam ucapannya menyebut, tanpa di bawah (ahli akar umbi) tidak ada di atas. Tanpa sokongan jentera BN, jangan harap Umno dan BN menang semula,” katanya.

Jelas beliau, jentera akar umbi adalah nadi kepada kemenangan parti dalam pilihan raya.

“Inilah nadi kita. Inilah nyawa kita untuk memenangkan BN. Ambil kepedulian terhadap mereka (rakyat), tanya khabar mereka kerana tanpa mereka siapa kita di atas ini?. Mereka adalah tonggak utama kemenangan BN,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, soal politik pembangunan tidak lagi disentuh apabila bercakap mengenai suasana politik di Selangor.

“Selangor adalah negeri paling membangun bukan kerana ia dibangunkan oleh kerajaan sekarang, ia dibangunkan oleh kita (BN) dahulu.

“Rakan-rakan yang pernah jadi Adun yang bangunkan (Selangor), tapi orang sekarang (Pakatan Harapan) kata mereka ambil alih tak sampai dua penggal, merekalah yang bangunkan Selangor,” katanya.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *