Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / Jangan menang sorak kampung tergadai

Jangan menang sorak kampung tergadai

SEJAK sebulan lalu, Utusan Malaysia menyiarkan berita dan petikan kenyataan golongan belia dan ikon dalam pelbagai bidang tentang kepentingan mendaftar sebagai pemilih. Ini bagi memberi kesedaran kepada belia berusia 21 tahun ke atas agar terlibat dalam proses memilih pe­mimpin dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Langkah ini diambil berikutan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Januari 2016 menunjukkan dari­pada 17.7 juta yang layak mendaftar sebagai pemilih, hampir 4.2 juta belum berdaftar. Lebih meresahkan, 59 peratus daripada jumlah itu dalam kalang­an Melayu dan Bumiputera.

Jika perangkaan ini kekal hingga PRU-14, ini bermakna hampir 2.4 juta orang Melayu dan Bumiputera yang tidak akan keluar mengundi.

Daftar pengundi baruSayugia diingatkan menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Untuk mendapat suara majoriti di Dewan Rakyat atau DUN mestilah menang kerusi terbanyak dalam dewan-dewan tersebut. Untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majoriti).

Sesungguhnya, antara faktor yang membawa kepada perkembangan pesat Islam di Malaysia adalah peme­rintahnya beragama Islam. Tanpa kuasa di tangan orang Melayu dan Islam, jangan mimpi kita bebas beribadat walau di ceruk mana pun di bumi bertuah ini. Islam pula tidak menghalang penganut agama lain beribadat selagi tidak mengganggu-gugat kedudukan Islam sebagai agama bagi negara. Ini termaktub dalam Perlembagaan.

Namun, sikap sambil lewa golongan muda Islam akibat rasa selesa dan tidak mengambil tahu kepentingan mendaftar sebagai pemilih serta mengundi dalam pilihan raya adalah bahaya. Jika berterusan, dikhuatiri kedudukan Islam dalam negara tidak dapat kita pertahankan. Hilang kelayakan mengundi disebabkan tidak mendaftar ibarat mengulang episod duka peribahasa Melayu, menang sorak kampung tergadai. Ketika itu, menangis air mata darah sekalipun sudah tidak berguna.

Sedarlah bahawa undian itu bermaksud memberi mandat kepada seseorang bagi sesuatu kepemimpinan. Maka, sebelum diberikan mandat tersebut, wajib kita pastikan calon itu layak atau tidak. Ini sebagaimana firman Allah yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (an-Nisa’: 58)

Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam yang dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihan raya. Maka menyertai pilihan raya bagi tujuan itu adalah wajib. Fahamilah, seseorang itu tidak layak mengundi dalam pilihan raya kecuali dia layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

Malah, majoriti ulama berpendapat hukum mengundi adalah wajib. Ini berdasarkan konsep penyaksian iaitu menjadi saksi bahawa calon yang diundi adalah baik dan layak memegang amanah sebagai pemerintah. Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna; Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh ulama kontemporari, Prof. Dr. Yusuf al-Qardawi; Syeikh Al-Azhar, Syeikh Ahmad Tayyib dan Mufti Mesir, Syeikh Ali Jumaah.

Fikirkanlah dalam-dalam kata-kata bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Katanya, bilang­an pemilih pada 2013 adalah 13.2 juta. Pengundi Melayu berdaftar sebanyak enam juta tetapi bilangan orang Mela­yu berjumlah 8.9 juta berumur 21 tahun ke atas, lenyap entah ke mana.

“Orang Melayu adalah 70 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia tetapi mereka hanya mewakili 58 peratus jumlah pengundi. Kalau semua yang layak ini menunaikan hak, jumlah itu sepatutnya 65 peratus tetapi hakikatnya tidak begitu.”

– utusanonline

About RJ

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *