A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Uncategorized / Jangan jadikan insiden keganasan rosakkan kemeriahan Aidilfitri

Jangan jadikan insiden keganasan rosakkan kemeriahan Aidilfitri

JULAI: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua rakyat Malaysia tidak menjadikan beberapa insiden keganasan yang berlaku baru-baru ini merosakkan kemeriahan dan kegembiraan sambutan perayaan Aidilfitri.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pengeboman berani mati di Masjid Nabawi di Madinah, serangan di Turki dan Bangladesh masing-masing mengorbankan nyawa, serta pengeboman di kelab malam di Puchong sememangnya amat mendukacitakan.

Tambah Zahid, negara akan menentang habisan habis-habisan dan sama sekali tidak akan berkompromi dengan apa sahaja aktiviti berkaitan dengan keganasan, terutama dakwaan serangan di Puchong didalangi militan Daesh yang juga pertama seumpamanya di negara ini.

“Namun begitu, kita perlulah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pasukan keselamatan kita dalam profesionalisme mereka untuk menangani isu berkenaan.

“Dalam musim perayaan ini, janganlah kejadian seumpama itu dibiarkan merosakkan kegembiraan dan kemeriahan sambutan perayaan kita,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bagaimanapun katanya, walaupun isu keselamatan diserahkan kepada pihak berwajib, rakyat perlu mengambil tahu mengenai perkembangan yang berlaku di sekeliling.

Menurut Zahid, segenap lapisan rakyat Malaysia perlu menyambut perayaan ini dengan semangat persaudaraan yang teguh berteraskan 1Malaysia.

“Malaysia ini adalah anugerah kepada kita, seluruh lapisan rakyat Malaysia. Kita, tidak kira apa juga agama, kaum atau budaya, perlu bersyukur dengan apa yang kita kecapi kini yang didapati tanpa perlu berperit jerih.

“Kita berada dalam keadaan aman, hidup tanpa peperangan, yang mana kita kini bersama-sama berganding bahu ke arah memajukan negara kita ini,” ujar Zahid.

About RJ

Check Also

NGO Cina Sindir Guan Eng Hingga Merah Padam Di Khalayak Ramai

Majlis Klan Cina Pulau Pinang 1.    Majlis Klan Cina Pulau Pinang adalah NGO gabungan lebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *