A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / JAIS: Nazir Masjid Berdepan Hukuman Pecat

JAIS: Nazir Masjid Berdepan Hukuman Pecat

Nazir Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang, Shah Alam bakal dikenakan tindakan gantung jawatan atau dipecat disebabkan  membenarkan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa memberi ceramah dalam satu program pada minggu lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim (foto), berkata tindakan nazir serta penganjur disifatkan seperti tidak menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang ruang masjid digunakan untuk tujuan berpolitik.

“Baginda Sultan murka dan meminta JAIS mengambil tindakan segera terhadap nazir serta pihak penganjur. Tindakan jangka pendek yang boleh diambil adalah memecat nazir berkenaan.

“Kita meminta nazir berkenaan menghantar surat tunjuk sebab dalam minggu ini juga dan kita akan lihat tindakan bersesuaian yang boleh diambil sama ada tindakan amaran, gantung jawatan atau dipecat, ” katanya selepas majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Sementa, Kapar, Selasa.

Haris bagaimanapun berkata laporan awal menyatakan nazir berkenaan tidak mengetahui kehadiran Sivarasa pada program penyerahan sumbangan moreh masjid berkenaan.

“Bagaimanapun, sebagai nazir masjid beliau sepatutnya menghalang tindakan ahli politik itu jika tiada dalam atur cara majlis berkenaan,” kata beliau lagi.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *