A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Jadikan Iktibar Kekalahan Selangor Pada PRU13 – Noh Omar

Jadikan Iktibar Kekalahan Selangor Pada PRU13 – Noh Omar

Ahli UMNO Selangor perlu menjadikan kegagalan menawan negeri ini pada pilihan raya umum lalu sebagai iktibar supaya ia tidak berulang lagi pada pilihan raya akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata kegagalan ahli UMNO untuk bersatu juga menyukarkan usaha untuk mencapai kejayaan.

Beliau juga mengingatkan ahli UMNO supaya tidak perlu malu untuk mengaku sebagai pembangkang di Selangor.

“Sekiranya mahu menang, kita perlu bersatu dan yang lebih penting bila kita tidak mempunyai jawatan, kita perlu sokong orang yang ada jawatan dalam UMNO,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Sepang, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Marsum Paing; Timbalan Ketua UMNO Sepang, Shahrum Mohd Sharif dan Ketua Pemuda UMNO Sepang, Noor Azli Said.

Beliau yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahaan dan Kerajaan Tempatan, berharap seluruh jentera UMNO Bahagian serta Pergerakan Pemuda dapat memberi tumpuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang gagal dimenangi pada pilihan raya lalu.

Katanya, ahli UMNO juga perlu bekerja keras bagi memastikan Sepang kembali menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kita perlu komited untuk merampas kembali dua DUN yang kalah di Sungai Pelek dan Tanjung Sepat serta Parlimen Sepang pada pilihan raya lalu,” katanya.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *