A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Uncategorized / Isu Unisel : Nik Nazmi Kantoi Berbohong?

Isu Unisel : Nik Nazmi Kantoi Berbohong?

Nampaknya isu UNISEL dan skandal kewangan yang melibatkan puluhan juta ringgit dalam urusniaga serta perjanjian yang meragukan, memberi kesan besar kepada PKR di Selangor terutama sekali yang membabitkan pentadbiran Azmin Ali.

Ketua AMK Nik Nazmi melancarkan serangan peribadi ke atas Rizal Mansor yang telah menyentuh isu UNISEL sambil cuba mengalihkan persoalan itu kepada 1MDB pula.

Kata Nik Nazmi, Rizal Mansor sepatutnya berhenti berlagak seperti jaguh, malah dia turut menuduh pendedahan tersebut dibuat dan direka oleh cybertrooper UMNO ‘yang didalangi oleh Rizal.

Ironinya, Nik Nazmi tidak menjawab langsung persoalan yang dilontarkan. Malah dia cuba berbohong kononnya kes berkenaan telah selesai dan UNISEL serta syarikat terbabit sudah tidak mempunyai sebarang ikatan perniagaan lagi.

Nik Nazmi selain merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

Apa sebenarnya yang cuba dibohongkan dan dilindungi oleh Nik Nazmi? Surat MBI, Jana Niaga Sdn. Bhd dan UNISEL secara jelas menyatakan sebaliknya. Atau dia sebenarnya tidak pernah masuk mesyuarat atau dia tidak pernah dibenarkan ambil tahu isu berkenaan sehingga dia terpaksa merapu semata-mata untuk menjaga kedudukan ketua kartelnya, Azmin Ali?

Sepatutnya Nik Nazmi menjawab persoalan yang diberikan apatah lagi isu berkenaan melibatkan wang rakyat Selangor. Surat MBI bertarikh 16 Mei 2016 secara jelas menyatakan bayaran RM10 juta dan RM6 juta merupakan penyelesaian serta penyambungan kontrak JNSB.

Manakala surat daripada Prof. Redzuan yang merupakan Naib Canselor UNISEL bertarikh 26 Mei 2016 turut memaklumkan tender telah dibuat dan kontrak JNSB ditamatkan serta akur kepada kontrak baru serta bayaran dibuat MBI kepada UNISEL selain mempertikaikan klausa 4.2 kontrak JNSB yang dibatalkan pada 2013 serta tindakan MBI yang dilihat menyalahkan UNISEL serta kepimpinan UNISEL yang baru.

Kalau MBI dan UNISEL sendiri memperakui pembayaran serta klausa 4.7 penyambungan kontrak JNSB di UNISEL, mengapa pula Nik Nazmi yang merupakan Exco Pendidikan kata UNISEL dengan JNSB ‘Tidak ada hubungan kontrak?‘  (RUJUK SINI)

Apa yang Nik Nazmi kalut sangat sehingga perlu cuba melarikan persoalan kepada 1MDB?

Sekurang-kurangnya 1MDB telah mengalami proses perundangan dan bedah siasat melibatkan PAC, SPRM, PDRM, AG dan sebagainya, sedangkan skandal UNISEL-JNSB cuba ditutup seboleh-boleh mungkin.

Itu belum lagi membabitkan DEIG dan PPRT serta wang MARIS!

About Keruing Hitam

Check Also

Kerajaan Pakatan Selangor Naikkan Cukai Kolam Ternakan Ikan 35,361% dari RM282 Kepada RM100,000

Selepas memperkenalkan cukai jeti dan pancang kini kerajaan pakatan di Selangor melangkah setapak lagi dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *