Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / Isu surat JAIS arah guru-guru sekolah agama hadiri Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu surat JAIS arah guru-guru sekolah agama hadiri Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Surat Arahan JAIS

1. Saya dan mungkin sebilangan besar rakyat Selangor merasa amat kesal serta dukacita terhadap isu surat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengeluarkan surat rasmi mengarahkan guru dari Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk menghadiri Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz pada 28 November ini.

2. Program seminar itu difahamkan dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan Pembangunan, Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

3. Sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab memastikan pembangunan Islam di Selangor, JAIS tidak seharusnya terlibat apatah lagi mengeluarkan arahan sedemikian kepada guru-guru agama di negeri ini untuk menghadiri seminar tersebut. Ia seolah-olah satu cubaan untuk mengangkat darjat Anwar Ibrahim sebagai tokoh pemikir yang kononnya boleh mencorakkan pembangunan pendidikan Islam kepada golongan pendidik dan anak-anak Selangor.

4. Sepatutnya JAIS lebih peka dan mengambil kira latar belakang Anwar Ibrahim yang mana Ketua Umum PKR itu ketika ini dipenjara setelah didapati bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya dan ini sahaja sudah cukup dijadikan pertimbangan mengenai masalah moralnya sebelum ini yang tidak sejajar dengan ajaran Islam.

5. Tambahan pula, Anwar juga dikaitkan dengan pendiriannya sebelum ini yang menyokong kepada bentuk pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti fahaman liberalisme dan pluraslime termasuklah menyokong amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Kesemua bentuk pemikiran dan amalan sedemikian jelas difatwakan sesat dan haram di Selangor.

6. Malah, penganjuran seminar itu sendiri dilihat seolah-olah satu cubaan untuk mengangkat kembali imej Anwar yang semakin merudum sejak kebelakangkan ini susulan daripada peranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat seperti mengetuai pakatan pembangkang.

7. Saya berpendapat JAIS telah diperalat oleh kerajaan negeri yang dipimpin PKR untuk kepentingan politik tertentu.

8. Saya ingin mengingatkan Kerajaan PKR Selangor supaya jangan mempergunakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan mengarahkan mana-mana kakitangannya termasuk guru agama menyertai program yang berbentuk politik di negeri ini.

9. Selain itu saya juga memohon Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) supaya campurtangan dalam perkara ini demi kepentingan masa depan anak-anak Selangor.

10. JAIS adalah satu agensi yang bertanggungjawab untuk memelihara, menyatukan umat dan membangunkan syiar Islam di Selangor. Maka adalah penting agensi ini tidak dipengaruhi dengan unsur-unsur politik.

BUDIMAN MOHD ZOHDI
Ahli Parlimen Sungai Besar.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang.
23 November 2016

About RJ

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *